Greenfarra♥: April 2015

30 April 2015

AUDIT MINDA

Assalamualaikum semua pembaca...

Hari ni, farra nak kongsi "Audit Minda", berapa aktiviti yang hanya seronok dan yang produktif atau kedua-duanya sekali..

3 Langkah untuk jaga minda kita supaya selari dengan aura yang akan membuat kita rasa sentiasa Subur, Berkembang dan mewah.... ELAKKAN ini :

  1. Mencari sesuatu yang hanya kita shj yang menerima tampa memberi.
  2. Mencari sesuatu benda tetapi hendak murah (sebaliknya, carilah benda yang ada nilai)
  3. Rasa benci bila bayar sesuatu (sepatutnya bersyukur kerana mampu bayar setelah mendapat perkhidmatan contohnya Bekalan Elektrik)

Setiap buah fikiran adalah benih pada minda. 
Sifat nagetif yang tidak patut ada pada seseorang.
takut, dengki, benci, dendam, tamak, percaya pada tahyul, marah adalah sahabat kepada sifat nagetif.

Marilah Sama-Sama Kita Audit Diri Kita. Buatlah Perubahan.

Giveaway : Max & Bella 2nd Birthday


Assalamualaikum w.b.t.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Yana lancarkan Giveaway : Max & Bella 2nd Birthday sempena birthday my babies bulus Max & Bella yang ke-2 (16 April 2013 ~ 16 April 2015).

http://yanapinkblossom.blogspot.com/2015/04/giveaway-max-bella-2nd-birthday.html?m=0
Klik BANNER untuk join (^^,)

Tarikh Mula : 18 April 2015 (12.01am) | Tarikh Tutup : 16 Mei 2015 (11.59pm)


29 April 2015

KENAPA PERLU CINTA?

Kenapa perlu cinta?.. dan bagaimana menangani cinta yang luar biasa?..
Dengan cinta, terbina pelbagai institusi insani, keluarga dan masyarakat : contohnya lahir lah dari cinta yang bercambah menjadi sebuah komuniti yang bercambah di muka buni Allah ini.
Allah SWT Maha Sempurna, setiap kejadian yang diciptakannya pasti diiringi dengan bekal serta panduan. 
DOA memainkan peranannya dalam membantu kita melayari bahtera cinta yang kadang-kalanya boleh hanyut jika nakhodanya alpa.
Cinta boleh dibayangi impian karut yang sebenarnya direka cipta oleh syaitan yang sesat lagi menyesatkan.

".... Dihiasi manusia dengan kecintaan kepada yang diingini, wanita, anak-anak, harta yang banyak terdiri daripada emas dan perak, kuda pilihan, binatang ternakan dan tanaman. semua itu hanya kesenangan hidup di dunia saja. di sisi Allah adalah sebaik-baik tempat kembali (Syurga)"
(Surah Ali-Imran : 14)

Allah SWT tidah pernah membezakan urusan doa hambanya, tampa mengira besar atau kecik , cepat atau lambat, semua Allah SWT layan sama rata. Bolot kesempatan yang ada, jangan bazirkan sedikitpon. Doalah apa saja selagi ianya untuk kebaikan, kebajikan dan berlandaskan iman, Tiada tempat lain untuk manusia bergantung harap selain Allah SWT.

".... Dan janganlah kamu beribadat kepada selain Allah, iaitu kepada sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat kepada kamu dan juga tidak dapat memberi mudarat kepada kamu."
(Surah Yunus : 106)

16 April 2015

Cinta Satu Anugerah

Assalammualaikum semua,,,

setelah sekian lama farra menyepi,,, hari ni farra rasa farra nak kongsi bab cinta tu satu anugerah,,,
ni bukan sbb farra jatuh cinta ya,,,, i'm sty single k...

Bagi farra cinta tu indah, cinta tu cantik, cinta tu puitis, dan cinta tu satu subjektif ... walau berjuta definisi dalam mentafsir cinta, yang pasti cinta tu adalah kurniaan ilahi yang sangat indah, sangat cantik dan sangat hebat nilainya. kerana cinta jugaklah, manusia sanggup melakukan apa saja. tak kira lah baik or sebaliknya. bercintalah, kerana kita memang diciptakan ilahi dengan nikmat cinta itu luar biasa.

"di antara tanda-tanda kekuasaanNya, dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu merasa damai dan tenang dengannya dan dia menjadikan diantara kamu rasa kasih sayang. sesungguhnya pada yang demikian itu cukup sebagai bukti (kehebatan Allah) bagi kamu yang berfikir" (suruh ar-Rum : 21)


KENAPA PERLU ADA CINTA?
(Klik untuk sambungan)

Followers

Kawan-Kawan Google