27 June 2014

Ganjaran berpuasa Di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan akan tiba, hati ni bedebar-debar tak sabar nak sambut puasa, bulan ramadhan ni merupakan bulan yang paling indah bagi semua umat islam, termasuk farra, rasa tak sabar-sabar nak tunggu 2 hari lagi, tak dapat digambarkan dengan kata-kata, tetapi perasaan ni dah berbunga-bunga kalah taman botani.. hehehehe... 

Bulan ramadhan merupakan bulan beribadat, masa ni lah kita nak buat baik pon,, maksud farra bukan hari lain tu kita tak baik, tetapi bulan ramadhan ni merupakan bulan kita berlumba-lumba melakukan kebaikan. banyak ganjaran yang kita boleh dapat. 

jadi janganlah terlepas merebut ganjaran Allah, insyallah kita mendapat keberkatan dalam melakukan ibadat. 

meh sini farra nak kongsi sikit antara ganjaran yang Allah bagi di bulan puasa ni :

Hadith: 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.

Huraian Hadith: 

Pengajaran Hadis:

i) Puasa merupakan perkara ˜dharuriah' dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.

ii) Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadhan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadhan berlangsung.

iii) Bulan Ramadhan dikenali juga sebagai bulan prestasi, di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang-orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah S.W.T bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadah kepada Allah S.W.T.

iv) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal demikian disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w.

v) Ramadhan adalah bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Dengan itu kita hendaklah benar-benar berusaha agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang Ramadhan ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah S.W.T.

BOSCH Malaysia

Peserta : BOSCH Malaysia
Tarikh : 25hb - 26hb April 2014
Lokasi : D' Yan Kedah
Facilitator by SM Setia Consultant 

Bagi yang berminat untuk Team Building. boleh hubungi farra 0164808946 untuk perbincangan dan kalau nak lihat portfolio company kami..

Kami Hanya Membantu, Allah Yang Menentukan, Diri Sendiri Yang Boleh Buat Perubahan,






Tepok Dada, Tanya Hati, JOM Melangkah Kehadapan Untuk Berubah.

Putra Palace Hotel, Kangar (Group 1)

Peserta : Putra Palace Hotel, Kangar
Tarikh : 11hb - 13hb April 2014
Lokasi : D' Yan, Kedah
Facilitator by SM Setia Consultant 

Bagi yang berminat untuk Team Building. boleh hubungi farra 0164808946 untuk perbincangan dan kalau nak lihat portfolio company kami..

Kami Hanya Membantu, Allah Yang Menentukan, Diri Sendiri Yang Boleh Buat Perubahan,










Tepok Dada, Tanya Hati, JOM Melangkah Kehadapan Untuk Berubah.

IDECO

Peserta : IDECO Interior & Decoration 
Tarikh : 9hb - 11hb May 2014
Lokasi : Merdeka Beach Resort 
Facilitator by SM Setia Consultant 

Bagi yang berminat untuk Team Building. boleh hubungi farra 0164808946 untuk perbincangan dan kalau nak lihat portfolio company kami..

Kami Hanya Membantu, Allah Yang Menentukan, Diri Sendiri Yang Boleh Buat Perubahan,








Tepok Dada, Tanya Hati, JOM Melangkah Kehadapan Untuk Berubah.

26 June 2014

SP INN Group 2

Peserta : Rakan Sekerja SP INN Sg. Petani. 
Tarikh : 26hb - 28hb Januari 2014
Lokasi : D' Yan, Kedah
Facilitator by SM Setia Consultant 

Bagi yang berminat untuk Team Building. boleh hubungi farra 0164808946 untuk perbincangan dan kalau nak lihat portfolio company kami..

Kami Hanya Membantu, Allah Yang Menentukan, Diri Sendiri Yang Boleh Buat Perubahan,










Tepok Dada, Tanya Hati, JOM Melangkah Kehadapan Untuk Berubah.

SP INN Group 1

Peserta : Rakan Sekerja SP INN Sg. Petani. 
Tarikh : 11hb - 14hb April 2013
Lokasi : Kampung Tok Senik Resort, Langkawi
Facilitator by SM Setia Consultant

Bagi yang berminat untuk Team Building. boleh hubungi farra 0164808946 untuk perbincangan dan kalau nak lihat portfolio company kami..

Kami Hanya Membantu, Allah Yang Menentukan, Diri Sendiri Yang Boleh Buat Perubahan,







Tepok Dada, Tanya Hati, JOM Melangkah Kehadapan Untuk Berubah.

11 June 2014

Hijab Tutorial Zoya - Festive Session





Untuk maklumat lanjut, blh layari ZOYA

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN SYAITANI

Assalamualaikum semua pembaca,

hari ni farra tergerak hati nk share apa yang farra baru baca dekat FB tadi, sedikit sebanyak ada jugak yg berlaku kpd farra, kadang-kadang farra pelik bila ada benda begerak pada kaki atau tangan kulit farra, tergengar guli atas lantai dlm rumah, susah tidur, terkejut time tidur dan simptom-simptom lain,



Simptom-simptom awal gangguan :

  1. Sakit kepala selepas waktu asar ke atas. 
  2. Badan terasa berat dan malas. 
  3. Sukar mendapat jodoh. 
  4. Badan terasa bisa-bisa. 
  5. Sakit ketika ziarah orang meninggal. 
  6. Sukar tidur malam. 
  7. Sakit pinggang tanpa sebab. 
  8. Sakit dada bila waktu asar keatas. 
  9. Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya. 
  10. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi. 
  11. Bermimpi jatuh dari tempat tinggi. 
  12. Bermimpi di tempat yang kotor. 
  13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar. 
  14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit. 
  15. Bayi kerap menangis. 
  16. Bunyi guli jatuh diatas syiling. 
  17. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil. 
  18. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali. 
  19. Malas beribadat. 
  20. Nyanyuk ketika usia lanjut. 
  21. Panas baran. 
  22. Sikap berubah secara mendadak. 
  23. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran. 
  24. Suka melakukan tabiat buruk. 
  25. Kerap sendawa bila mendengar al-quran. 
  26. Kerap keguguran. 
  27. Gagal melakukan hubungan kelamin. 
  28. Mengantuk bila dengar al-quran. 
  29. Bermimpi seram yang menakutkan. 
  30. Darah haid turun lebih 15 hari. 
  31. Batuk yang berpanjangan. 
  32. Selalu ditindih ketika tidur. 
  33. Kuat berangan. 
  34. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. 
  35. Nafsu seksual yang melampau. 
  36. Selalu melihat kelibat dirumah. 
  37. Terasa diri selalu diperhatikan. 
  38. Mandul. 
  39. Kerap mendengar sesuatu bisikan. 
  40. Melihat jin secara terus. 
  41. Sakit mental atau gila. 

LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. (tidak ada sembahan kecuali Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)

SUBHANALLAH.... takut juga bila tau pasai ni,,, ANDA pula mcm mna?

CUBA Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang. TETAPI kena yakin dengan kuasa ALLAH.. insyaAllah.

9 June 2014

KESAN PENGUBAHSUAIAN KENDERAAN

Hyeeeee... kembali lagi....

sebentar tadi fara ada berkongsi sedikit maklumat berkaitan Spesifikasi Pengubahsuaian Kenderaan, so sekarang fara nak kongsi sedikit kesan yang akan kita dapat jika kita ubah suai kenderaan kita tanpa mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh JPJ.

Kita kena ingat, "Tidak salah jika pemilik mahu mencantikkan kenderaan mereka tetapi ia tidak boleh dilakukan secara berlebihan sehingga berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain," nasihat oleh Sulleh Udin, Ketua penolong jurutera bahagian kejuruteraan automotif JPJ wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Antara kesan-kesan yang kita akan terima :

1- Pemasangan Spoiler 
  • Mengganggu pandangan sisi belakang bagi pemandu dan pemanduan kenderaan di belakang
  • Menjejaskan keseimbangan halangan angin serta menambah daya serat, sekali gus meningkatkan penggunaan minyak dan mengurangkan prestasi kenderaan
  • Berisiko tercabut ketika memandu laju kerana ia dipasang menggunakan klip.

2 - Pemasangan Lampu hiasan pelbagai warna di bawah kenderaan.

  • Berisiko terdedah kepada litar pintas sehingga menyebabkan sistem elektronik kenderaan terganggu dan terbakar.

3 - Penukaran Sistem Ekzos dengan membuang penyeyap dan pengubah bermangkin bagi memaksimumkan prestasi enjin

  • Menyebabkan pencemaran bunyidan asap kerana reka bentuk asal sudah menepati piawaian dengan rekaan selamat.
  • Meningkatkan kadar pengeluaran gas tercemar antaranya karbon monoksida, sulfur monoksida, plumbum nitrogen dioksida dan bendasing halus yang membahayakan nyawa.
  • Mengubah suai laluan paip ekzos berdekatan tangki minyak boleh menyebabkan ekzos menjadi bengkok atau patah sehingga menolak atau merosakan tangki minyak, sekali gus meletup apabila berlaku pelanggaran atau kemalangan.

4 - Memendekkan Kompenen Spring bagi sistem suspensi

  • Menyumbang bahaya kemalangan ketika membrek secara mengejut atau mengambil selekoh tajam.
  • Kecekapan sistem brek tergangu.
  • Menjejaskan paras ketinggian optimum kenderaan dan mengakibatkan bahagian bawah badan kenderaan bergesel dengan jalan raya.

5 - Penggunaan Tayar Lebar dan Nipis

  • Menyebabkan tayar cepat haus sehingga tidak mampu menyerap hentakan dan boleh menyebabkan kerosakan di bahagian lain, terutama drive shaft 

JADI sama-samalah kita beringan, NAK CANTIK BOLEH, TETAPI BIARLAH BERPADA-PADA

UBAH SUAI KERETA PERLU IKUT SPESIFIKASI

Salam semua pembaca....... 

Hari ni fara tertarik dengan satu tajuk akhbar berkaitan pengubah suaian kereta.
Menurut Berita Harian 9 Jun 2014, Isnin.
 Pengubah suaian kereta perlu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan bagi mengelak kecerderaan dan kemalangan, pendek kata jangan nk cantik ja tp keselamatan terabai.

 Ada beberapa panduan yang kita boleh guna untuk mengubah suai kereta kita..
  • Visor pintu tidak boleh melebihi 100mm lebar dan tinggi. 
  • Sebarang tambahan bamper besar atau protecting guards dipasang, di bahagian hadapan atau belakang tidak melebihi 50 peratus dari roda kenderaan. 
  • Protecting guards tidak boleh menutup lampu kenderaan, tidak dibenarkan bucu tajam atau bahagian yang terjulur keluar melebihi 100mm lebar dan keseluruhan tidak boleh melebihi lebar kereta asal.
  • Spoiler, aerofoil atau side skirt yang dipasang tidak boleh melebihi 150 mm ukuran dari bahagian luar taya belakang. 

INGAT TU, Boleh nak ubah kenderaan, sapa kata tak boleh, TETAPI ikutlah spesifikasi yang dah ditetapkan oleh JPJ, baru keselamatan terjamin. kalau tak banyak kesannya kalau tak ikut spesifikasi yang ditetapkan 

sekurang-kurangnya kita dapat pencegah kemalangan jalan raya, 




6 June 2014

Telok Bayu KEDAH

hyeeeeeeeee Semua......

maap le semua ya,,, teman ni sibok sikit,, kadang-kadang tu tak sempat teman nk update blog ni, ehhhhh bukan kadang-kadang lagi lah,,, dah lama teman tak selongkat blog,,

asyik2 pesbook, asyik2 instagram, smpai terlupa teman dekat blog teman ni...

hari ni teman takmau cakap banyak, teman nak kongsi ja dengan kome semua lokasi terbaru untuk Fotoshood, ni bagi yang gilo gambo je lah mcm teman ni.. tp teman tak gilo lah lagi..

lokasi kali ni teman dengan kawe2 teman buat shood dekat hutan belantara, nampak ja simple tapi bagi teman menarik jugak lah untuk kome-kome yang nak khawen tu. boleh buat foto wadding.

Lokasi : Chelet Terapung Telok bayu..

Hasil Gambar :