29 September 2013

Sambutan Ulangtahun ke 20...

Bila sebut ulangtahun,, mesti semua org yeeeee yeeeeee best nya.....

Tetapi bagi kitaorang,,, ehhhhhhhhhhhhhhh pening nya,,, mesti banyak kerja last minute ni,,,,,,

Bergitulah yang berlaku sekarang,,,, upsssss lupa nk pekenalkan tajuk.... ulangtahun tu bukan ulangtahun kelahiran fara yang ke 20 ya,,,, tapi KISMEC 20th anniversary yang berlangsung pada 25 September 2013 baru-baru ini... lama kan penubuhan KISMEC.. Syukur Alhamdulilah,,,,

Walaupon semua kerja last minute tetapi berjalan lancar, meriah dan banyak aktiviti dijalankan,
yang best nya, Majlis ini dirasmikan oleh YAB. Dato’ Paduka Haji Mukhriz  bin Tun Dr. Mahathir. 

Nak cerita lebih-lebih tak pandai sangat, so tengok lah gambar sebagai bingkisan dan tatapan bersama..

SELAMAT MENCUCI MATA

Persiapan hari kerjadian. 

Persiapan untuk Perasmian, 

Wah dan macan DJ Radio, ni lah team Audio

Penuh semangat memberi arahan agar audio berfungsi dengan bagus dan seperti yang dirancang.

Cenderahati untuk tetamu jemputan,,, 

ada juga school band dari SMK Che Tom Sg. Petani, tetapi ini dimainkan semasa ketibaan  YAB. Dato’ Paduka Haji Mukhriz

Mengumumkan ketibaan YAB. Dato’ Paduka Haji Mukhriz  bin Tun Dr. Mahathir.

Semasa YAB. Dato’ Paduka Haji Mukhriz berjalan menuju ke auditorium KISMEC, diiringi oleh persatuan silat Sg. Petani

Suasana di dalam Auditorium ketika perasmian berlangsung,,, WOW Ramainya.

Tak lengkap jika Executive Director, En Wan Ismail Ibrahim tidak berucap, 

Ucapan daripada YAB. Dato’ Paduka Haji Mukhriz sekaligus merasmikan majlis

inilah detik-detik perasmian beliau.

ini pulak signing MOU antara ACm dengan KISMEC, rasa best jugak, boleh tayang muka dkt pentas tu,,, 

Pelbagai daripada agensi kerajaan dan swasta. 

Ada juga pameran jabatan daripada pelajar-pelajar KISMEC. ini salah satu nya dari jabatan Design canter.  

Ramai jugak pelajar dan orang awam menderma darah, dapatlah kita membantu orang yang memerlukan walaupon dengan setitis darah. 

Jurulatih memberi penerangan berkaitan permainan untlmate.

Bukan tu ja, KISMEC siap buat kenduri kesyukuran sikit, ada makan-makan untuk tetamu yang hadir. 

Majlis tak akan sempurna kalau tak ada cabutan bertuah kan,,, fara pon dapat tetapi makanan,,, hadiah yang paling best skali dapat set sofa so good, 

MAKA BERAHIRLAH MAJLIS INI, TUNGGU PULAK TAHUN DEPAN... 

Tetapi untuk Staff masih ada lagi evan, Dinner.

26 September 2013

MANFAAT TIMUN

Mungkin kita tidak tahu timun/mentimun atau nama saintifiknya cucumis sativus mempunyai banyak khasiat selain dijadikan ulaman atau sayuran.
Tahukan anda timun atau mentimun mengandungi 0.65% Protein, 0.1% lemak, dan 2.2% karbohidrat. Selain itu, ia juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, B1, B2 dan vitamin C.

Khasiat Timun

  1. Menghidrasi tubuh - jika terlalu sibuk untuk minum air yang cukup, apa kata makan timun yang sejuk. kerana ia mengandungi 90%air.
  2. Menghindarkan haba panas badan - ia bertindak menambah air yang hilang dalam badan dan ia bertindak melawan haba dalam dan luar badan.
  3. Menghilangkan sakit ulu hati - ia juga menghalang sakit ulu hati dan menghalang kulit daripada pancaran teruk matahari.
  4. Menyingkirkan toksin - ia bertindak sebagai pembersih yang membuang kotoran dalam badan menerusi lendirnya, selain mampu merawat batu karang.
  5. Menambah vitamin harian - timun mempunyai vitamin A,b dan C yang meningkatkan sistem imun dan memastikan anda sentiasa bersri dan memberi tenaga, khasiatnya dikatakan lebih baik daripada bayam dan lobak merah, digalakkan tidak membuang kulit, kerana kulitnya mengandungi 12% vitamin C
  6. Membekalkan mineral mesra kulit - timun tinggi kalium, magnesium dan silikon yang boleh memberi kesegaran pada kulit,
  7. Menyegarkan kulit - jus timun menyembuhkan dan menyegarkan gusi berpenyakit, dapatkan kepingan timun dan tekan ia atas lelangit selama seminit. Phytochemcials akan membunuh bakteria dalam mulut dan menghindarkan nafas berbau.
  8. Membantu penghadaman dan menurunkan berat badan - oleh kerana air tinggi dan kandungan kalori rendah, timun adalah sember ideal orang yang ingin mengurangkan berat badan, Gunakan timun dalam sup dan salad, serat dalam timun juga baik untuk penghadaman dan mengelakan sembelit yang kronik.
  9. Menyegarkan mata - hanya letakan kepingan sejuk atas mata yang bengkak, ia membantu menghasilkan kecantikan klasik visual anda dan mengurangkan bengkak pada kantung bawah mata, ini kerana sifatnya sebagai antiradang.
  10. Menghindar barah - ia diketahui mengandungi ecoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol, ketiga-tiga lignans ini mempunyai hubungan kuat yang mengurangkan beberapa jenis barah termasuk ovari, payudara, prostat dan rahim.
  11. Penawar kencing manis, mengurangkan kolesterol dan mengawal tekanan darah - jus timun mengandungi hormon yang diperlukan sel pankreas untuk menghasilkan insulin yang meluas untuk memberi manfaat kepada pesakit kencing manis, hasil penyelidik mendapati bahawa sebatian yang dikenali sebagai sterol dalam timun boleh membentuk penurunan tahap kolestrol. timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium. nutrien ini berkesan mengawal tekana darah. 
  12. Menggalakan kesihatan sendi, melegakan artritis dan kesakitan akibat gaut. - timun adalah sumber yang baik bagi menggalakkan kesihatan sendi dengan mengukuhkan tisu penghubung apabila dicampurkan dengan jus lobak merah, ia boleh melegakan gout dan sakit artritis dengan mengurangkan tahap asid urik.
  13. Penawar mabuk - untuk mengelakan sakit kepala waktu pagi atau mabuk, anda boleh makan satu keping timun sebelum tidur. timun mengandungi cukup vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambah banyak nurtien penting dan mengurangkan rasa pening dan sakit kepala.
  14. Menyihatkan buah pinggang - ia mampu merendahkan tahap asid urik dalam badan dan ia mengekalkan buah pinggang yang sihat. 

Cuti-Cuti : HUTAN LIPUR KUALA WOH

Hutan Lipur Kuala Woh di jalan lama Tapah ke Cameron Higlands merupakan salah satu Hutan Lipur yang mempunyai keistimewaan yang tersindiri.



Selain jeram berbatu dan bertingkat dengan air terjun yang mengalir dari Banjaran Titiwangsa ke Sungai batang Padang, hutan lipur itu juga mempunyai kolam air panas di tepi jeram bertingkat dengan kepulan asap naik ke udara sekali gus menjadikan tempat itu unik..


Hutan lipur ini juga mempunyai kemudahan chalet kepada pengunjung yang inginkan keselesaan selain kemudahan tapak perkemahan disediakan bagi mereka yang cintakan keindahan alam semula jadi. disamping itu kemudahan tapak parkir yang luasuntuk pengunjung memudahkan mereka meletakan kenderaan.



Bagi pengunjung yang sukakan cabaran, mereka boleh berjalan di atas titi gantung menyeberangi sungai batang padang untuk menuju ke dewan penerangan(mini muzium) Kuala Woh. 



selain itu, Hutan Lipur kuala Woh ini  menyediakan pelbagai kemudahan seperti, gerai makanan dan jualan, tandan dan surau yang lengkap kepada pengunjung dan menjadi destinasi pelancungan kita yang selesa. 



Jom Kita ke Kuala Woh...

19 September 2013

Pixy Bagi Hadiah..

Assalamualaikum semua,,,


hari ni farra dapat hadiah,,, Yahhoooooooooooooo ayikkkkk



xsangka saja cuma-cuma tetapi ada rezeki menang peraduan,, tak kisahla walaupon saguhati, janji dapat hadian,,



lupa nak bg tau, hadiah ni dari peradua Pixy - Truly Asian Beauty


TERIMA KASIH PIXY