19 August 2013

Cerita BAB Raya.. (RAYA di THAI)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Apa khabar,,,

Tentu semua sahabat masih menyambut Hari Raya kan?.
tengok semua orang bercerita bab raya. Fara ja tak sempat nak kongsi cerita raya dengan u all... maklumlah Fara balik beraya di kampung (Thai) balik ja sini terus masuk kerja, tak sempat nak kongsi cerita raya Fara dengan u all...

Tetapi jangan hampa... hari ni Fara ada sikit masa terluang, so nak kongsi jugak lah cita raya dekat kekawan semua,, masih tak terlambat kot kan?...

CERITA BAB RAYA FARA.

1. Baju raya - Sebut bab baju raya ni sedih sangat, nama ja tukang jahit, baju raya sendiri tak pernah siap. mesti pagi raya or malam raya baru nak buat.

2. Cuti Raya -  kepada pekerja-pekerja rajin macam fara ni, cuti raya tak lebih tak kurang, seminggu KISMEC bagi seminggu lah fara apply. hehehe baik tak(perasan baik mcm tu lah). mau tak nya, sayang nak tolak cuti lama-lama, nak simpan untuk  melancong ni.

3. Balik Kampung Raya - balik kampung ohh ohh ohh balik kampung hati girang, hahahah mau tak girang kerja half day ja, lagi half tu ponteng kerja balik kampung,,, bukan pa, tak sabar nak balik kampung takut lambat sampai... hehehe..

4. kuih raya -  tak yah sembang bab kuih raya,, fara tahun ni buat 4 jenis kuih raya, abah pulak buat 4 jenis jugak termasuk kek, abang 1 ja tu pon kebetulan orang bagi,,, semua nya kuih segera, main oder ja...

5. Lemang raya - dah jadi adat di Malaysia kalau raya mesti ada Lemang or Ketupat. kalau tak ada tak rasa lah suasana raya, macam fara, sehari sebelum raya fara akan buat lemang daun pisang and lemang daun tebu (lemang ja yang reti pon, ketupat buat jugak tapi tak pernah jadi pon)..

6. Persiapan raya - bab persiapan-persiapan ni fara tak ambik tau sangat, sebab ni tugas adik,,, kerja dia mengemas rumah and deko.. kalau bab masak, beli barang itu baru tugas fara.. adil kan... hehehe padahal fara kerja memang kena bagi dia lah tugas tu... sebab dia ja dok kampung..

7. Duit raya - emmmm part yang menarik ni,, sebut pasai duit raya, sapa kata orang bekerja macam fara tak boleh dapat duit raya,?. tua-tua pon masih dapat tau, macam kami ni, fara masih dapat duit raya, sedangkan adik tak dapat. sebab depa ingat adik tu kakak and fara adik.hehehe nampaknya fara lagi muda dari adik... hureeyyyy.. tetapi kepada tetamu yang hadir fara sedekah RM 1 ja, lepas tu abah bagi RM 1, kalau dekat students kami abah bagi RM 5 untuk students dia, and fara pon bagi RM 5 gak dkt students fara.. hehehe.

8. Rumah Terbuka Raya - tradisi rumah terbuka dah jadi kebiasaan kita menyambut apa pon perayaan, tak terkecuali juga dengan fara. family fara mesti buat rumah terbuka time raya ke 2, tiap-tiap tahun. makan lemang, sate, nasi or mee, kuih dan macam-macam lagi lah, ni untuk jemputan macam sepupu sepapat yang jauh, students dan kawan-kawan ja. sebab raya pertama kami tak buat makan-makan apa pon, so raya ke 2 baru meriah.

itu lah kisah raya fara tahun ni,,, tapi lada lagi yang nak kongsi ni,, menarik sikit..

RAYA DI KAMPUNG MAK(nenek)

di tahilend mak maksud nenek, kalau me maksud mak, kalau CD maksud makcik n Siti maksud pakcik...

yang penting fara bukan nk cerita bab maksud or istilah,, tetapi fara nak kongsi suasana beraya di sana..

raya di pekan melayu bangkok ni tak sama macam beraya di Malaysia. kalau di sana tradisi lain sikit, tak ada ketupat tak ada lemang tak ada kuih raya.. yang ada :-

1. kunjungngan - kalau dekat Malaysia, kawan-kawan, adik beradik mesti berkunjung ke rumah-rumah kan?, tetapi di sini lain, hanya adik beradik ja yang akan berkumpul dekat satu rumah dan buat makan-makan. macam kami akan berkumpul dekat rumah Mak Nap lepas tu masak nasi makan.. tu ja... agak kurang meriah la... best lagi Malaysia

2. Duit raya - di thai mana ada duit raya ni, mereka banyak bagi hadiah, makanan or sedekah barang,, maknanya sorang akan dapat 1 benda ja, tak dapat apa pon, sebab dah 25 tahun. sedih nya bila dah tua ni,,,,

3. makanan - kalau dekat umah macam-macam jenih kuih ada, siap lemang and ketupat lagi, kalau dekat kampung semua tu tak ada, mereka akan buat masak-masak lepas tu pakat-pakat makan..

4. Rumah Terbuka ?.. mesti lah tak ada... kalau buat kenduri pon kena bayar inikan rumah terbuka.. tak ada lah..

so GAMBAR pon tak ada nak tunjuk(padahal bateri camera habis, lupa nak cas,).. apa pon bersyukur lah, dapat berkumpul adik beradik. kalau tak berkumpul macam ni lama-lama boleh putus perhubungan dua negara ni...