29 July 2013

I'm back

Asalamualaikum semua rakan2 dan sahabat handai...

dah hampir sebulan fara tak kunjung blog fara sendiri,

Maklumlah agak busy semenjak dua menjak ni, mana idak nya, busy dengan video koperat, busy dengan students nak ke On Job Training, busy dengan kerja lagi,,, emmmmmmmmm.. TETAPI Alhamdulilah semua berjalan lancar walaupon agak kelang kabut dibuatnya...

so sekarang kembali ke blog balik, sebab ada sedikit masa terluang untuk karang, mungkin fara akan stop FB seminggu or 2 minggu or lama sikit dan beri lebih kepada blog pula. Bukan apa rindu nak kongsi ilmu dengan pembaca semua, dah lama tak beri tips, nak kongsi pengalaman dan nk bagi motivasi.

Apa pon tunggu ya,,, i'm back. banyak yg nak dikongsi ni....


16 July 2013

CHARGEMAN AO (Penjaga Jentera Elektrik)

Penjaga Jentera Elektrik atau dikenali sebagai Chargeman AO,

kursus ini ditauliahkan oleh Suruhanjaya Tenaga.
Tempoh 2 Tahun (18 bulan belajar + 6 bulan praktikel)

- Mendedahkan kita kepada persediaan menjadi Orang Kompeten
- Bertanggungjawab mengendalikan papan suiz utama (main switch bord) di sistem pepasangan.
- peralatan lengkap disediakan.

syarat :

- berumur 25 tahun ke bawah.
- warganegara Malaysia
- memiliki sijil kejuruteraan elektrik dari politeknik sahaja
- atau memiliki sijil pendawai PW1/PW2/PW4 dari Suruhanjaya Tenagha


PERMINTAAN TINGGI DI INDUSTRI BAGI KURSUS INI.......!!! 


DAFTARLAH SEGERA

untuk pertanyaan :

Hubungi kami : 04-441 4619/ 04-441 4621 (cik Aini)
atau 
isi Online - Klik Sini-

*********************************************

KISMEC, Jalan PKNK 1/1, Kawasan Perusahaan Sungai Petani, 08000 Sungai Petani Kedah.
Tel : 04-441 4619/4621
Fax : 04-442 7653


9 July 2013

Jadual Berbuka dan Imsak

kepada semua rakan-rakan yang berada di Sg. petani dan sekitar dengan nya seperti Gurun, Kuala Ketil, Gunung Jerai, Kuala Muda, dan sama waktu dengannya..

di sini farra ada jadual untuk Imsak dan berbuka... so jangan bagi alasan tak sempat nak sahur lah, tak tahu bila waktu imsak lah,,, n whatever..

puasa tau jangan tak puasa, solat pon jangan ponteng...  


Banyaknya Ganjaran Puasa Ramadhan..

Bila sebut bab puasa, fara teruja sangat. Tak sabar nak berpuasa... kerana !

Bulan Ramadhan adalah bulan yang bermakna bagi umat islam, kenapa bermakna?. Kerana bulan Ramadhan adalah bulan beribadat kepada Allah s.w.t , dan banyak ganjaran yang kita dapat..

Nak tahu apa ganjaran yang diberi?.

1. Pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka. 
“apabila tibanya Ramadhan, dibukanya pintu-pintu syurga, ditutupnya pintu-pintu neraka dan diikat semua syaitan”. (Hadith riwayat Al-Bukhari & Muslim)


2. Jauh dari api neraka
“barang siapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah, nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka sejauh Perjalanan 70 tahun”. (Hadith riwayat Al-Bukhari)


3. Masuk dalam syurga.
“di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-rayyan: pada hari kiamat, orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tiada seorang pon selain mereka masukkinya”. (Hadith riwayat Al-Bukhari)


4. Pahala berlipat ganda.
“segala amal kebajikan anak adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada 10 hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman bahawa, kecuali puasa, kerana puasa itu adalah untukku dan aku memberi balasan kepadanya kerana dia telah meninggalkan syahwat dan makan minum kerana aku. (Hadith riwayat Muslim)


5. Diampuni segala dosanya yang lalu
“siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nrscaya akan diampuni segala dosa-dosanya yang lalu”. (Hadith riwayat An-Nasai’e)


6. Perisai dari siksaan.
“puasa itu perisai yang dipegunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari seksaan neraka”. (Hadith riwayat Imam Ahmad)


7. Doa sangat mustajab.
“tiga doa yang amat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir”. (Hadith riwayat Al-Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi)


8. Perolehi 2 kegembiraan
“….. dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan iaitu: apabila berbuka, dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu tuhannya, dia gembira dengan puasanya”. (Hadith riwayat Al-Bukhari & Muslim)


4 July 2013

Petua Menghilangkan Jerawat.


Siapa yang tidak impikan kulit wajah yang lincin dan gebu,, kalau fara mesti lah nak sangat-sangat. Apa pon fara rasa bersyukur sebab kulit fara masih boleh dikawal dan tiada jerawat. Alhamdulilah.

So meh fara nak kongsi apa yang selalu fara amalkan agar kulit lincin dan tak berjerawat.

Rebus segenggam bijik manjakani sehingga mendidih dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau kawasan yang berjerawat. Tunggu hingga kering dan bilas.. fara amalkan dia sebulan sekali, jika ada sesiapa yang kulit bermasalah, amalkan nya seminggu sekali.

*****************************

Ada lagi satu petua yang paling mudah untuk dilaksanakan. Campurkan bedak sejuk dengan asam jawa. Selawat nabi 3 kali. Kemudian sapukan pada wajah atau tempat yang berjerawat. Biar hingga kering dan bilas. Insyallah akan mendapat hasil yang memuaskan.


So selamat mencuba,

1 July 2013

Letih ka Sedih?

Letihnya hari ni, macam tak bermaya ja rasa, semalam kemas-kemas rumah siap untuk berubah angin ke taman perumahan lain pulak.

farra baru ja lepas accident, malam sabtu baru-baru ni, maklumlah berjalan malam-malam buta, tak nampak jalan terus masuk gaung, nasib baik tak ada yang cedera terok, cuma farra rasa sakit2 badan mungkin disebabkan tekanan semasa jatuh dan tangan sedikit terseliuh, tetapi semua selamat. Alhamdulilah.

***********************************
yang letihnya. dah 2 hari farra tido pukul 3 pagi bangun pukul 6 pagi untuk membantu urusetia program, walaupon tak buat apa-apa sangat, tolong sikit-sikit ja, letih tu tetap ada,. 

petang semalam baru sampai balik rumah, lepas tu kena siap-siap barang untuk pindah, malam tu pulak pindahkan barang. nasib baik bawak Exora, boleh lah sekali angkat ja, 

************************************
bila letih-letih + pulak dengan sedih = jadi sayu, layu, tak ada mood, semua bercampur gaul,. farra rasa sedih bila fara bg tau yang farra kemalangan, dia buat tak endah ja, sedih sangat rasa time tu, nampak sangat yang farra ni tak bermana langsung untuk dia, 

nampaknya farra dah bertepok sebelah tangan, dia pon macam dah ada orang lain mengisi hati dia, farra tak tahu nak kata apa lagi, nak diam dikata bisu, nak bising dikata over. 

berserah sahaja kepada Allah. :(