26 June 2013

Alamak ! Bulan 6 Dah Nak HABIS

Asalamualaikum kekawan,

Bila sebut bab jodoh, sukar untuk aku nyatakan perasaan aku ketika tu. Susah hati tidak, senang hati tidak, sedih tidak, gembira tidak, yang penting aku tak selesa ja.

Sekarang dah nak masuk bulan 7, tempoh yang abah bagi dah nak tamat, susah hati sangan bila fikir bab bf ni, memang tak susah pon pemintaan abah tu, tetapi nak cari bf tu yang sukar abah.

Harap-harap bakal kakak ipar dapat membantu, kalau bakal kakak ipar kata tahun depan, nampaknya boleh tambah tempoh pencarian bf, kalau bakal kakak ipar kata bulan 12, maka angkat bahu n kata entah tak ada… itu ja mungkin jawapan yang boleh aku bagi.

Gundah gulananya….

*************************
Semua orang kata aku memilih, aku bukan memilih, aku Cuma takut, aku pernah disakiti dan aku takut sakit lagi. Aku kagum dengan abah aku, dia lah idola calon suami, walaupon ada kekurangan dia tersendiri, tetapi aku masih kagum dengan beberapa sikapnya.

Abah seorang yang penyayang, Nampak ja dia garang, tegas tetapi dia sayangakn kami, bukan kami ja sepupu aku pon tumpang kasih sayang abah. Teringin sangat nak suami yang sayangkan aku seadanya.

Abah seorang yang setia, walaupon abah dengan mak begaduh, biasa lah rumah tangga mana tak begelora kan, tetapi abah setia dengan mak, biarpon mak gemok, dan serba kekurangan,(tak da niat nak kutuk, tetapi iklas, gemok2 pon kami saying mak kami) abah tak pernah kisah, mereka bagaikan dah diikat kemas dengan ikatan perkahwinan, itulah yang aku impikan selama ni. Seorang suami yang terima aku seadanya, dan menjaga aku sehingga kami menerima ajal kami.

Abah seorang yang penyabar, walaupon kami anak-anak selalu kutuk abah depan-depan, abah tak pernah marah, senyum ja, kadang-kadang kami balik kena kutuk dengan abah. Kan seronok dapat suami yang bleh dibuat begurau macam ni,?

Abah seorang yang rajin, tak dinafikan. Walaupon abah seorang cikgu, abah tetap usahakan sawah, getah dan kebun kami sendiri tampa upah sesiapa. Pagi petang kerja. Kan seronok kalau boleh bagi seorang menantu yang boleh bantu abah, dan sama-sama usahakan apa yang kami ada selama ni.

Abah seorang pembimbing, ini lah calon paling aku harapkan, seorang pembimbing, membimbing aku ke jalan Allah. Seperti abah, walaupon dia bukan ustaz tetapi baginya Allah adalah segalanya.

Itu yang aku nak, walaupon tak boleh menepati semua ciri-ciri tu, tetapi bagi lah aku peluang untuk mencintai dan dicintai dengan kasih sayang dan kesetiaan nya disamping membimbing aku ke jalan Allah, dengan cara kami sendiri.

***************************
aku bukan hati batu seperti mana orang sangkakan. Cuma aku tak yakin dengan diri aku sendiri. Aku dah cuba bagi peluang dekat orang, tetapi orang tak Nampak, dan tak hargai peluang yang aku cuba bagi. 

tak mudah untuk aku memberi peluang, tetapi mudah pulak untuk aku sakit. 

kasihan dekat beberapa orang ni, smpai merayu-rayu mintak ruang dalam hati aku, tetapi aku tak mampu nak bagi sebab entah aku tak pasti sama ada aku tak suka atau aku degil or memang aku tak boleh/tak selesa. bukan ja ruang, nak balas msg pon aku malas, nak angkat fon pon mcm nak tak nak ja, tambah2 dia ajak keluar terang tang2 aku tolak. keras jugak hati aku. 

tetapi ada seorang budak ni, aku dah bagi ruang, tetapi entah bila aku cuba membuka hati untuk dia, dia pulak diam kan diri. bukan apa aku rasa selesa dengan dia walaupon dalam msg or depan2. emmm tak apa mungkin dia dah temui jalan dia sendiri. 

apa pon aku cuma mampu bersyukur, berdoa dan redho dengan dugaan yang Allah tentukan untuk aku. Insyallah.

Sebenarnya Aku Pemalu, Yang Aku Mampu Adalah Pendamkan Ja Rasa Hati. 


25 June 2013

Apa Yang Aku Rasa?

asalamualaikum semua,

entah, tak tahu dekat mana nak mengadu, nak mengadu dekat fb macam tak sesuai, nak mengadu dekat mak and abah tak sampai hati, nak mengadu dekat bf tak ada, nak mengadu dekat bff pon susah, kalau bengadu dekat adik-adik nanti kena peril pulak.

Blog nil ah jadi mangsa luahan hati aku selama ini,

Entah macam mana nak mula pon aku tak tahu, tetapi aku nak luahkan semuanya, entah kenapa aku mula sakit semula, adakah sebab aku cemburu, tetapi cemburu untuk apa?. Aku tak pernah dicintai dan mencintai.

Tetapi hati aku rasa menangis bila aku baca comment dan apa yang dia post, kadang-kadang membuat aku terguris dengan perasaan cemburu dan syak wasangka. Adakan aku dah mula buka hati atau hati dicuri tampa sedar.

Macam mana kau boleh curi hati aku, dan kenapa kau hendak curi hati aku kalau kau nak main-mainkan aku, kenapa?

Ini yang paling aku takut sekali, aku takut untuk membuka hati aku dekat mana-mana lelaki, aku takut sakit. Aku pernah rasa sakit dan pedih bila dimain-mainkan, selama 4 tahun aku cuba tutup hati aku menjadi batu agar tak ada sesiapa boleh memilikinya.

Entah kenapa akhir-akhir ini sikapku meleset, aku mula jadi lembut. Adakah disebabkan desakkan keluarga or sebab aku sunyi?

Aku sendiri tidak faham dengan hati aku ni, dah lah bertepuk sebelah tangan, syok sendiri. Jangan lemah fara, kuat kan diri kau seperti mana kau pernah menahan diri kau dari jatuh hati, dulu kau keras, tapi kenapa sekarang kau lemah.

Menangis tak memberi apa-apa kesan, malah hati makin rapuh. Cuba cari semangat balik farah, buat seperti mana kau pernah buat dulu. Jauhkan diri kau dari semua orang, agak kita tahu siapa yang benar-benar sayangkan kita.

Bila kau tiada family kau yang selalu cari kau, orang lain? Jangan harap lah, kau ada ka kau tak ada ka, depa tak sedar pon.. Tu tanda family kau yang lebih sayangkan kau, orang yang kau harapkan kasih dan dikasihi, jangan harap lah. Dia tak akan kisah. Malah dia tak sedar pon kau tak ada fara…

Jadi ingat fara, kuatkan hati kau balik, jangan rapuh, banyak kan sabar.

Insyallah Allah akan membantu orang yang sabar fara…


20 June 2013

Petua Awek Muda.

Semua orang kata fara budak lepasan SPM. Tolong lah, fara dah ada kerjaya sendiri lah and fara pon dah separuh abat 20an.

Ramai orang Tanya fara apa rahsia dia. Sentiasa Nampak muda ja. Semua yang mengorat fara pon budak sekolah.. alahai anak dara tua lah fara.

Memandangkan semua orang bertanya apa petua fara. So sekarang fara nak kongsi satu petua yang fara amalkan dari dulu sampai sekarang.

Mudah ja, lepas bangun tdo, sebelum mandi and gosok gigi. Urutkan wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi dengan selawat nabi 3 kali. Dan minum air suam sebelum gosok gigi.


Selamat mengamal. Insyalalah.

12 June 2013

KINI DIBUKA SEKARANG, Pengambilan June 2013

Salam semua,

Kepada para GRADUAN yang mencari-cari kerja tetapi masih tiada rezeki untuk bekerja, 

JOM KITA LENGKAPKAN DIRI DENGAN KEMAHIRAN. 

Fara sebagai seorang bekas GRADUAN Politeknik, dahulu memang sukar untuk fara mendapatkan pekerjaan, setelah sfara kenali program ini fara tetarik dengan kursus yang ditawarkan, daripada duduk rumah goyang kaki, baik fara sertai Kursus Kemahiran di KISMEC ni. Alhamdulilah Fara tamat kursus kemahiran ni pada 2010 dan fara sekarang sudah bekerja sebagai trainer dari 2011 hingga kini.

So fara rasa bertanggungjawab untuk berkongsi pengalaman dan memberi peluang kepada para GRADUAN untuk terus maju. Boleh dikatakan 80% students’ yang tamat di KISMEC sudah mendapat pekerjaan dan ada yang sambung belajar di peringkat yang lebih tinggi. 

Di sini fara nak kongsi beberapa kursus yang ditawarkan di KISMEC untuk bulan JUNE 2013

****************************************
Dibuka kepada semua graduan lepasan diploma/ijazah. Sesiapa yang berminat untuk kusrus dibawah boleh call Pn. Hidayah di 04-4414619 atau email Salinan IC, salinan Transcript dan salinan Diploma/ijazah ke hidayah@kismec.org.my atau tinggal comment anda di bawah. 

KURSUS MOBILE COMPUTING APPLICATION DEVELOPER - ANDROID – 


KURSUS PCB CERTIFIED PRINTED CIRCUIT BOARD DESIYNER 


KURSUS WIRELESS & DATA COM. 


************************************************
Dibuka kepada semua graduan lepasan diploma/ijazah. Sesiapa yang berminat untuk kursus dibawah boleh call Pn. Syakirin di 04-4414619 atau email Salinan IC, salinan Transcript dan salinan Diploma/ijazah ke syakirin@kismec.org.my atau tinggal comment anda di bawah. 

KURSUS AUTOMOTIVE ASSEMBLY OPERATION 


**************************************************
Dibuka kepada semua yang memiliki skm tahap 2 & 3 dalam Sistem Komputer atau sijil dari politeknik dalam IT. Sesiapa yang berminat untuk buat diploma boleh call Pn. Yuspanita di 04-4414619 atau email Salinan IC dan Salinan siji ke yusparita@kismec.org.my atau tinggal comment anda di bawah,

DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA SISTEM KOMPUTER



10 June 2013

Tips MAKE UP

Sebelum ni fara ada kongsi banyak tips dengan u all semua, hari ni fara nak kongsi lagi tips, kali ni berkaitan make up. Fara bukan mak andam or juru make up, tetapi apa salahnya borkongsi sedikit sebanyak pengalaman yang kita ada kan. Daripada muke kite jadi badut or opera. Apa salahnya kite ambil tahu sedikit macam mana nak make up dengan betul.


###############################################

First skali.

Kita kena kenalpasti diri sendiri. Maksudnya kita kena faham masalah kulit kita dan jenis kulit kita macam berminyak ka, kering ka, putih ka gelap ka. supaya kita tak salah pilih foundation atau bedak. Kalau kita tersalah pilih foundation or bedak, memang carca merba lah jadinya.

kalau korang berkulit gelap macam fara. Ingat jangan cari bedak yang nak nampak kita ni cerah. Cari lah bedak yang sama tone dengan kita

begitu yang dah putih. Jangan pula cari yg lagik putih dari kulit. Nanti Nampak mavam opera pulak,, hehehe pandai-pandailah memilih..

untuk kulit yang berjerawat/parut..jgn letak tebal dengan harapan nak tutup dia..sebab nanti akan nampak sangat2 tak natural..letak nipis2 je..biarlah nampak parut or jerawat sikit pon..its okay..k?

*perlu tahu foundation dan bedak yang sama tone dengan kulit dan make up tidak terlalu tebal akan memberi kesan natural.

Second ,

pastikan sebelum nak make up tu, kulit kita mesti dibersihkan dulu, termasuk jugak tangan.

*ingat jangan apply make up on another make up, ini akan memberi kesan kulit tersumbat dengan kotor-kotoran yang make up yang sebelum ni.

Third,

Lagi satu kita kena peka, sponge. Pastikan sponge yang kita guna bersih.. ingat jangan guna sponge yang sama sampai tak Nampak rupa sponge dah berkulat. kalau korang nak nampak kulit korang smooth..guna sponge tu berpada-pada, tukarlah sebulan sekali atau bila dah nampak terlalu kotor or berkulat ..

Next,

untuk dapat hasil yang lebih memuaskan, pastikan jarak kuta cuci muka dan nak bermake up tu tak lama supaya kulit kita still lagi lembab. Jangan sampai dah basuh muka setengah jam baru make up. nanti kulit kita akan jadi dry. Lepas 3 min basuh muke letak toner or pelembab. then teruskan dengan letak foundation and bedak, serta langkah0langkah seterusnya sengga mendapat hasil yang memuaskan.


Selamat mencuba.