28 May 2013

Hari Ulang Tahun Kelahiran... (^_^)

24 May adalah tarih dimana fara dilahirkan ke dunia, tetapi tu pada tahun 1988,,. Sekarang dah 2013, maknanya sambut ulang tahun kelahiran saja lah,,,. Selalunya fara akan sambut dengan family ja, buat masak-masak cikit jemput family terdekat datang makan-makan dan buat sedikit doa kesyukuran.. Tetapi tahun ni lain sikit, sambut dengan students, sebab daru balik lawatan dari KL.

Yang tak best sambut dengan student ni satu ja,,, Mereka ni buli fara.. Sepatutnya fara yang buli mereka, tetapi ini tak, fara yang dibuli…

****************************************

Kalau dikenangkan pengalaman sambut bezdy masa time poli dulu, perasaan tu lain ckit,, maklumlah kawan-kawan yang sambut, ada ja cara mereka nak kenakan… fara pernah jugak jadi mangsa mereka ni, maklumlah bezdy time exam, so tak sempat lah nak ingat,,, time ni lah kawan-kawan nak ambik kesempatan pon..

fara pernah kena mandi nila siap ada ais lagi,, time tu fest time sambut bezdy dengan kawan-kawan.. Mereka ajak pergi makan,lepas tu terus balik… Bila sampai ja rumah mereka suruh fara buka pintu, kebetulan time tu fara bawak kunci, jadi takda la alasan nk bagi,, jejak ja kaki kanan dalam rumah terus dimandikan… Alahai sejuk kot mandi tengah-tengah malam, air ais pulak tu. Esoknya terus demam nasib baik study week. Kalau tak terpaksa lah jawab exam dalam demam…

Ada juga sekali tu fara jadi tepung bungkus masa sambut bezdy, time tu sem akhir, paper last pulak tu. Memandangkan dah last mereka ni buat lah party sikit, konon-kononnya party pepisahan, fara pulak ikut ja tak berapa kisah, nak dijadikan mangs, time tu blackout, so fara pergi lah cari lilin. Elok ja fara nyalakan lilin, terus fara kena tepung tawar.... Nasib-nasib..

*******************************************

Tetapi bila sambut dengan students ni lain pulak,,, nak marah tak boleh, mereka ni bukan budak-budak lagi. Sedih pon ada, siap nak nangis tapi tak jadi. Terharu ni telah la, teramat sangat..

Nakal sungguh mereka ni,, time tu fara baru balik dari KL, sebagai trainer kenalah tunggu bagi semua students balik dulu baru fara balik, hehehe keselamatan students kena lah ambik berat, tetapi yang hairannya mereka ni relax ja, pukul 4 pagi dok sembang-sembang lagi macam taknak balik pulak tu,,, elok ja fara halau balik, baru lah mereka tergedek-gedek mai dekat fara konon-konon nak mintaq maaf, tetapi mereka terus baling telur,,, YaAllah… entah masa mana mereka beli telur pon fara tak tahu, mana ada org jual telur dekat R&R,, haiiiiiiii,, nasib baik 5biji ja,, kalau sorang satu habis lah frh, bayangkan 31 orang students, boleh jadi kek kukus fara dibuatnya,,

tetapi apa pon fara rasa seronok sebab dapat hadiah,, fest time dapat hadiah bezdy. Comel2 pulak tu,,, sukanya… TQ kepada MM batch 8… Muahhhh.


muaahhhh <3

Tips Pemilihan Tudung

  1. Pastikan tudung tersebut sama saiz dan sesuai dengan bentuk muka
  2. Sebaik-baiknya, gunakan tudung yang mudah dibentuk dan sesuai dengan apa jua baju.
  3. Jika berminat untuk guna tudung yang berkonsepkan kontemporari, pilih lah yang menggunakan fabrik organza di lapisan luar.
  4. Bagi mengelakan daripada menampakan wajah lebih tua, elakkan memilih warna yang gelap dan kusam.
  5. Elakkan memakai tudung yang sama warna dengan baju.
  6. Tudung yang kosong dan berwarna cerah boleh membuatkan anda kelihatan lebih ceria dan lembut.
  7. Jika wajah berbentuk bulat, elakkan memakai tudung yang bercorak pernuh. 
  8. Jika memilih untuk memakai baju yang bercorak, padankan warna tudung dengan warna yang paling sedikit di baju. 
  9. Bagi mengelakan memakai tudung tidak kemas atau mengelembung, pastikan tudung dirapikan dan disematkan dibawak kerongsang.
  10. Jika berkulit cerah, warna yang sesuai adalah unggu, hijau dan lavender. Warna-warna ini akan membuatkan kita lebih segar.
  11. Bagi berkulit kuning langsat pula, warna lavender, merah jambu dan biru dapat mebuat kita lebih merseri.
  12. Berbeza pula dengan kulit sawa matang, warna kuning dan hijau membuatkan kita lebih cerah.
  13. Jika menggunakan cekak bagi menggantikan anak tudung, sebaiknya gunakan cekak yang nipis atau kecil.
Selamat mencuba..


Pada Saat Kita Mengatakan

*~~ Pada saat kita mengatakan mood untuk bekerja hilang sebab rakan kita buat masalah pada kita, kita lupa yang sahabat kita pernah keluarkan duitnya untuk belanja kita makan waktu poket kita kosong. Pada saat tu kita lupa jasa baik dia kepada kita.

*~~ Pada saat kita mengatakan teman sebilik kita seorang yang pemalas or pengotor, sahabat kita mengatakan kita seorang yang rajin, baik dan sebagainya. Tidak pernah sekali pun dia mengatakan pekara tak baik tentang kita.

*~~ Pada saat kita mengatakan yang rakan kita seorang yang pelik, suka perpura-pura dan busuk hati, rakan kita sedang sibuk bantu kita buat kerja-kerja kita tampa berkata dan bersungut.

*~~ Pada saat kita mengatakan sahabat kita tak pernah gosok baju, malas mandi dan kuat tido, kita lupa yang sahabat kita pernah bekalkan ubat, dan bersengkang mata semata-mata nak menjaga kita.

*~~ Pada saat kita mengatakan di fb, “hari ni aku sakit hati dengan kawan aku, dia menyusahkan aku, semua tak kena”, sahabat kita pula memberi tahu orang lain yang kita ni hebat, semua kerja kita boleh buat. 

*~~ Pada saat kita mengatakan sahabat kita tak pernah nak kemas rumah, tak pernah nak buang sampah dan selalu menyusahkan kita, kita lupa sahabat kita tak pernah memberi tahu orang lain yang kita pernah mengambil haknya tampa pengetahuanya. Kita pernah pinjam darinya dan tak memulangkan balik, tetapi dia tidak pernah meminta dan mengungkit. 

Adakah anda tahu sahabat anda sentiasa bersangka baik dengan anda? Tahukan anda pada saat anda mengatakan sahabat anda itu dan ini, sedangkan sahabat anda tak pernah memburukan anda?


Bicaralah dengan hati, berfikirlah dengan otak, berpandulah dengan keimanan…


21 May 2013

Hiking Taman Negara Pulau Pinang

BEST jugak kalau hujung-hujung minggu boleh hiking, boleh jugak tenangkan fikiran yang serabut dengan kerja ni.. Dengan suasana alam semua jadi (hutan menghijau) adalah lokasi yang fara pilih adalah Pantai Keracut, Pulau Pinang.. Fara memang sukakan suasana hutan yang mendamaikan.. boleh memberi ketenangan pada jiwa.

Pada 17 April 2013, 10 pagi Fara dan kawan-kawan telah membuat pendaftaran di Taman Negara Pulau Pinang untuk hiking ke Pantai Keracut. Masuk Taman Negara adalah percuma sahaja.


Di Taman Negara Pulau Pinang terdapat 2 laluan yang boleh kita hiking. Dari pintu masuk Taman Negara kita akan melalui Pantai Pasir Pandak dan kemudian berpecah kepada dua laluan, yang pertama laluan ke Tasik Meromiktik, Pantai Kerachut yang mengambil masa 1 jam 20 minit dengan jarak 3405miter dan Telok Kampi sejauh 4901miter lebih kurang 2 jam.



Manakala laluan kedua akan ke Sg Tukun, CEMAC/USM, Teluk Duyung/Monkey Beach dan Rumah Api. Hehehe jarak dan masa boleh rujuk peta di bawah..


Fara dan kawan-kawan memilih untuk ke Tasik meromitik dan Pantai Kerachut. Dimana memiliki keistimewaan yang tersendiri.



Tasik Meromiktik di Teluk Bahang berhampiran Pantai Kerachut mempunyai keluasan 2.77 kilometer persegi, terbentuk daripada aliran lima anak sungai yang terdapat di dalam kawasan hutan Taman Negara Pulau Pinang. 


Tasik ni mempunyai dua lapisan air yg berbeza suhu dan ketumpatannya, air laut yg lebih berat akan berada di bawah dan air tasik/air tawar akan berada di atas. Suhu air di sebelah atas adalah sejuk dan di sebelah bawah pula, panas. 


Tetapi fenomena ini hanya terjadi pada peralihan musim monson Timur Laut (November-Mac) dan angin monson Barat Daya (Mei-September). Fenomena ini akan berlaku pada sekitar bulan April dan Mei setiap tahun. Selepas berakhir musim, tasik hanya dipenuhi dengan air tawar sahaja.

Mankala Pantai Kerachut pula memiliki pasir yang agak mendap, walaupon menyukarkan untuk berjalan, dia dapat membantu dalam menguatkan stamina badan. Di pantai ini juga merupakan tempat penyu bertelul, terutama pada bulan September.



kenangkan masa lampau,, hehehe

Selepas penat hiking, kami pulang menaiki boat dengan tambang RM100. Pengalaman ini amat bermakna walaupon memenatkan tetapi keseronokan tak dapat digambarkan. 


Setelah penat hiking, fara membawa kereka pusing padang kota pulak,, sebelum pulang ke Sg. Petani. 



The End…




17 May 2013

Tips Penjagaan Rambut

Menurut orang tua-tua dahulu, kalau kita ikat rambut ketika basah rambut cepat berbuah, betul ka?. ada juga yang kata kalau nak rambut kita cepat panjang, lepas gunting rambut letak dekat pokok pisang,, emmm ya ka?.. fara pon tak pasti, tetapi nenek fara yang kata macam tu.. so macam mana? Adakah semua itu fakta atau semua itu hanya mitos semata-mata? 

Jom kita kenal pasti Fakta @ Mitos. 

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

FAKTA

1. Berkongsi sikat boleh menyebarkan penyakit.
Setiap orang harus punya sikatnya tersendiri. Sejumlah parasit seperti kutu boleh hidup pada sikat dan ia dengan mudah akan menular dari satu kepala ke kepala yang lain.

2. Makanan mempengaruhi kualiti dan kesihatan rambut.
apa yang kamu makan memiliki kesan terhadap kualiti dan kesihatan rambut. Pola makan yang seimbang ditambah pula dengan suplemen multivitamin akan membuatkan rambut kamu tumbuh lebih sihat dan bersinar.

3. Mengikat rambut dengan tegang dan ketat boleh menyebabkan kebotakan.
Mengikat rambut tegang atau tertarik boleh menyebabkan alopecia. Situasi ini terjadi apabila kamu sering mengikat rambut secara ketat tanpa membiarkan rambut berehat. Apolecia memang boleh mengakibatkan kebotakan.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

MITOS

1. Perapi rambut boleh memperbaiki rambut bercabang.
Tidak kiralah seberapa banyak iklan perapi yang mengaku boleh memperbaiki rambut bercabang, kenyataannya tidak sedemikian. Perapi sememangnya boleh memperbaiki kutikula sehingga rambut bercabang akan berkurang. Namun hujung rambut yang telah bercabang akan tetap ada. Satu-satunya cara untuk menyingkirkan hujung rambut bercabang adalah dengan memotongnya secara teratur setiap empat hingga enam minggu.

2. Jangan tidur dengan rambut basah kerana kurap akan tumbuh.
kamu sebenarnya boleh tidur dengan rambut basah tanpa risau kurap atau bakteria akan tumbuh di kulit kepala. kulit kepala tidak akan didatangi kurap atau sebarang bakteria sekiranya kamu rajin merawat dan menjaga kulit kepala agar sentiasa bersih.

3. Rambut akan tumbuh lebat dengan bersikat 100 kali sehari.
fikirkan semula tentang perkara ini. Bagaimana hanya dengan bersikat rambut 100 kali sehari boleh menumbuhkan rambut? Bersikat secara berlebihan sebenarnya boleh merosakkan kutikula apa lagi jika kamu menggunakan sikat yang salah.

4. Lebih banyak bersyampu membuatkan rambut akan lebih bersih.
Tidak kisahlah seberapa banyak syampu yang kamu gunakan, asalkan ia telah membersihkan keseluruhan rambut hasilnya akan sama sahaja. Jangan membazir syampu dan gunakanlah dengan jumlah yang secukupnya.


16 May 2013

Selamat Hari Guru

Guru oh guru..
Bila murid duduk.. Cikgu berdiri..
Bila murid diseligi.. Cikgu pulak kena gari..
Murid datang naik BMW 7 siri.. Cikgu datang naik Myvi..
Murid dah dewasa jadi YB, Cikgu tetap begini..
Namun begitu.., Di dunia cikgu berbakti,
Moga di akhirat, syurga tempat cikgu kekal abadi..

***********************************************
saya Farra Ashnie ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru seluruh Malaysia.. terutama kepada Abah saya Md Nor Cikgu di Sek. Men. Keb. Kubur Panjang. cikgu-cikgu saya di Tadika Permatang Limau, SK Tualang, SMK Jabi, SMT Pendang, POLOMAS, KISMEC dan kepada guru-guru yang mengajar saya termasuk kepada yang berkongsi ilmu dengan saya.. ia juga guru sya.. 

Lupa pula, kepada rakan-rakan saya yang telah berkhidmat sebagai guru atau tenaga pengajar terutama rakan-rakan sekerja saya di KISMEC, Selamat Hari Guru, I luv u all..


Guru-guruku dari Sek. Men. Teknik Pendang.. 

Berkongsi HOBI

Hobi adalah aktiviti rekreasi yang diperlukan pada masa lapang bagi memenuhi minat dan keseronokan, bukan untuk mendapat pulangan,, tetapi ada juga hobi boleh menjana pendapatan. Sesetengah hobi ini adalah percuma dan ada juga yang memerlukan perbelanjaan..

Bagi fara lah kan, fara lebih suka kepada photography kerana perbelanjaannya tidak terlalu besar dan kadang-kadang ia juga boleh menjana pendapatan. Nak tahu kenapa?..

Kerana bidang photography ni amat meluas,, jika kita jadikan ia sebagai kerjaya, ia akan memberi pendapatan, jika kita jadikan ia untuk mengisi kekosongan, kita tidak akan mendapat pulangan. Namun  kedua-dau adalah hobi kita… mesti tak faham kan?..

Tak apa bukan itu yang nak fara kongsikan.. meh fara nak citer…

*********************************************
Minggu lepas hari sabtu, 11 Mei 2013. Fara ada Mini Outing "Muslimah Fashion Colour Block" under group Freelance Photographer & Talent yang berlangsung di Taman Jubli Sg. Petani.

Aktiviti menjadi lebih meriah dengan kehadiran 30 lebih photographer antaranya fara sendiri, Oren Kaler, Sangkrodong Arwana, Camca Sudu, Dee Cruz, Ahmad Nuril, Nazmi Juhari, Yus Fairoz, Muhammad Ridho and ramai lagi tak tersenarai…


Tetapi even tak akan sempurna tampa talent-talen yang comel-comel macam Khairiesa Niesa, Ieda Shuhada, Ezaa Izanie, Miza Qamarina, Izyani Nadhirah dan Nurul Evolution.. kebanyakan dari mereka ditaja oleh diri sendiri dan Galeri Pengantin Asmida…


Sehari suntuk di Taman Jubli,, tidak menghampakan. Tengoklah hasilnya…

Talent : Eza Izanie
Photog : Oren Kaler

Talent : Mieza Qamarina
Photog : Sangkrodong Arwana

Talent : Izyani Nadirah
Photog : Muhammad Ridho

Talent : Ieda Shuhada
MUA : Galeri Pengantin Asmida.
Photog : Nazmi Juhari

Talent : Nurul Evolution
Photog : Yus Fairoz

Talent : Khairiesa Niesa
MUA : Zuhaida
Photog : Greenfara

*********************************************
Kepada sesiapa yang memerlukan talent untuk model pakaian atau tudung atau majalah muslimah, bolehlah hubungi fara.. bukan itu sahaja bagi yang berminat untuk photo wedding, pra wedding or family photo pon boleh hubungi fara ni blog ini…

Jika tersalah bahasa atau tersalah kata harap dimaafkan. sayang semua (^_^)

10 May 2013

Pemilihan Pakainan Yang Sesuai


Laaaaaa Kenapa baju ni tak muat ?,, aku tengok mcm cantik patung tu pakai,  Nampak macam muat ja ! Menyesalnya aku beli,…

Sebegitulah yang sering fara dengar bila kawan-kawan beli barang tak fikir dulu, lepas tu menyesal…  Kasihan…. Kasihan…..



Jom ikut fara, kita pelajari macam mana memilih pakaian yang sesuai.

 1. Pastikan memilih Saiz yang betul
Sebaiknya sebelum membeli pakaian, kita harus mencuba dahulu. Kerana tidak semua baju yang cantik selesa untuk di pakai. Jadi, pilihlah saiz yang sesuai dengan kita.

2. Memilih Rona warna yang sesuai
Jangan lupa pemilihan warna juga penting untuk kita. Kita harus pastikan baju yang hendak dibeli itu sesuai dengan warna kulitkita. Tapi harus diingat, baju itu adakah sesuai dipadankan dengan warna  kasut-kasut,  warna tudung  dan sebagainya. Ini bagi mengelakan pembaziran.

3. Harus meneliti jenis kain
Siapa kata jenis kain tak penting? Jika kita seorang yang kuat berpeluh, seeloknya kita lihat dan teliti betul-betul kualiti dan jenis kain baju yang ingin kata beli itu. Adakah ia jenis kain yang serap peluh atau sebaliknya. Bukan apa takut-takut jenis kain kita beli itu tidak sesuai akan menyebabkan bau badan yang kuat. Jadi nanti sia-sia sahaja kita berlawa-lawa sekali berbau pula! Masyammm  

4. Pastikan baju tidak berlubang atau koyak!
Jaga-jaga! Kadang-kadang malang tidak berbau. Adakah kita perasan kalau baju atau seluar yang kata beli itu berlubang atau terkoyak ? Jadi, pastikan betaul-betul adakah pakaian itu dalam keadaan baik atau sebaliknya, nanti tak pasal-pasal kita terpaksa pergi kedai itu buat dua untuk tukar baju!

5. Jangan lupa! zip mesti berfungsi dengan baik
kita juga harus memastikan zip (jika ada) itu berfungsi dengan baik atau tidak. Jangan sampai seronok mengenakan baju baru tiba-tiba berlaku pekara yang takdiingini pulak,, kan memalukan nanti !

(^_^) Selamat Mencuba !

Tips Bergaya Bagi Wanita

Pernah tak korang rasa macam bosan dalam mengenakan pakaian, terutama time kerja? Memang tak di nafikan, fara sendiri pon dah buntu untuk mengenakan pakaian terutama time kerja.


So macam mana nak nampak 'extra' bergaya berbanding biasa?

1) Pilih pakai yang bewarna 'soft' dan 'cooling'. Terutama 'mondey'. Elakan memakai pakaian yang terlalu gelap kerana ia akan menyebabkan kamu terasa suram dan mengantuk!

2) Tetapkan tema pemakaian seperti memakai aksesori bewarna turquoise atau warna-warna yang ceria. barulah Nampak ceria!, Bukan Astro ceria ok!

3) Jangan pakai pakaian yang terlalu formal, ini akan menampakan kamu seperti mat sekema atau ‘ulat buku’. Hehehe. Tetapi Tiada salahnya jika kamu padankan seluar slack kamu itu dengan blouse bewarna cerah dan bermanik beserta casual blazer supaya nampak lebih bergaya.

4) Pakai kasut tinggi, barulah nampak elegent!, fara pon selalu pakai kasut tinggi, supaya Nampak lebih tinggi, saya kan rendah. Boleh jika kamu mengenakan kasut flat dan selipar tetapi ia akan menampak kamu tidak bersemangat untuk di tempat kerja!

5) Akhir sekali, jangan lupa mulakan harimu dengan senyuman, kerana senyuman dapat melahirkan minda yang positif! Tak percaya?. Klik ini (^_^)


9 May 2013

Pilih Pakaian Yang Sepadan


Laaaaaa Kenapa baju ni tak muat ?,, aku tengok mcm cantik patung tu pakai,  Nampak macam muat ja ! Menyesalnya aku beli,…

Sebegitulah yang sering fara dengar bila kawan-kawan beli barang tak fikir dulu, lepas tu menyesal…  Kasihan…. Kasihan…..

Jom ikut fara, kita pelajari macam mana memilih pakaian yang sesuai.

 1. Pastikan memilih Saiz yang betul
Sebaiknya sebelum membeli pakaian, kita harus mencuba dahulu. Kerana tidak semua baju yang cantik selesa untuk di pakai. Jadi, pilihlah saiz yang sesuai dengan kita.

2. Memilih Rona warna yang sesuai
Jangan lupa pemilihan warna juga penting untuk kita. Kita harus pastikan baju yang hendak dibeli itu sesuai dengan warna kulitkita. Tapi harus diingat, baju itu adakah sesuai dipadankan dengan warna  kasut-kasut,  warna tudung  dan sebagainya. Ini bagi mengelakan pembaziran.

3. Harus meneliti jenis kain
Siapa kata jenis kain tak penting? Jika kita seorang yang kuat berpeluh, seeloknya kita lihat dan teliti betul-betul kualiti dan jenis kain baju yang ingin kata beli itu. Adakah ia jenis kain yang serap peluh atau sebaliknya. Bukan apa takut-takut jenis kain kita beli itu tidak sesuai akan menyebabkan bau badan yang kuat. Jadi nanti sia-sia sahaja kita berlawa-lawa sekali berbau pula! Masyammm  

4. Pastikan baju tidak berlubang atau koyak!
Jaga-jaga! Kadang-kadang malang tidak berbau. Adakah kita perasan kalau baju atau seluar yang kata beli itu berlubang atau terkoyak ? Jadi, pastikan betaul-betul adakah pakaian itu dalam keadaan baik atau sebaliknya, nanti tak pasal-pasal kita terpaksa pergi kedai itu buat dua untuk tukar baju!

5. Jangan lupa! zip mesti berfungsi dengan baik
kita juga harus memastikan zip (jika ada) itu berfungsi dengan baik atau tidak. Jangan sampai seronok mengenakan baju baru tiba-tiba berlaku pekara yang takdiingini pulak,, kan memalukan nanti !

(^_^) Selamat Mencuba !