29 March 2013

1 Malaysia Green, 1 Malaysia Clean

“1 MALAYSIA GREEN, 1 MALAYSIA CLEAN” adalah satu tema untuk Program Gotong Royong yang dijalankan bagi memulihara hutan Paya Bakau di Sungai Muda YAN pada 10 April 2012, Anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Kedah,
Sapa yang terlibat ?
Sudah tentu fani,, kalau tak macam mana boleh buat citer ni kan?.. hehehe, untuk Program ni melibatkan Kementerian Pelancongan Malaysia N. Kedah dengan kerjasama dari KISMEC Sg. Petani dan Kolej Komuniti Yan. Maklumlah fani kan kenai dengan orang kementerian, senanglah nak join program depa ni.
Program ½ hari tu dapat dijalankan dengan jayanya,, best tak dapat digambarkan boleh main lumpor n mandi paya,,, kelakar lah anak-anak buah fani ni,,, boleh pulak main baling-baling lumpor,, fani pon jadi mangsa secara tak sengaja.. hehehe

Sebahagian dari student Maritime, KISMEC dengan student Hospitality, Kolej Komuniti 

Macam – macam gaya ada,

Pas-pas bagi orang lain tanam,

Ni Pokok Fani tanam,, Nama dia POKOKKU

Ni student-student fani n baju pink tu member fani..

Disangkakan program sampai ke petang rupa-rupanya tengah hari dah habis,,, cepatnya studn fani tanam,,, fani pon dapat tanam 10 pokok ja,,, tengok-tengok dah habis,,, hamper 800 pokok kami tanam,,, harap-harap semua pokok menjadi lah dan dapat dilindungi dari pupus,,

peserta yang terlibat

The End.

27 March 2013

PERLUKAH?

Zaman sekarang dah tak macam dulu,,, 

Wanita lebih ramai dari lelaki,, so mereka pon saling berlumba-lumba mendapatkan kasih sayang dari seorang lelaki, termasuk fany.. sedihnya.. 

Tetapi semua tu dapat ke? maksud berbalas lah... tetapi lelaki sekarang pon cerdik jugak.. memandangkan mereka ni sikit, so jual mahal lah... mengalahkan perempuan,,, is is is tak patut, tak patut. kasihan kami.. 

wanita sekarang kena lebih berani,, emmmmmmm mcm mna tu?
kita boleh ambik contoh Siti Khadijah. Siti khadijah sendiri pergi meminang Nabi Muhammad. kita tak perlulah pergi masuk meminang, sekurang-kurangnya kita berterus terang yang kita sukakan dia... mcm perigi cari timba lah ni,,, tapi istilah tu tak boleh kita ambik berat sangat,, kalau kita pegang pada istilah perigi cari timba,, alamatnya ramailah wanita tak kawen,, mcm fany, tetapi fany muda lagi,,,, hehehehe

tetapi boleh ka?... 

kalau fany mcm tak berani, sebab orang akan pandang kita mcm perempuan murahan,, ehh bukan murahan tetapi gedik or takmalu,, emmmm..
kalau kita tak buat mcm tu, mcm mana lagi,,, ?
mcm fany ni,, fany sukakan seseorang, tetapi malu nak bagi tau.. kalau tak bagi tau mcm mana nak tau lelaki itu suka kita ka tak.... 

mcm mana ya... ibarat intai cinta dalam rahsia lah ni.. 

Berbisik di dasar hati
Bertanyakan pada diri
Tentang kekasih
Tentang cinta

Haruskah aku menanti
Haruskah tangan ku ini
Menggapai hanya
Ilusi mimpi

Putusnya di dalam hati
Tak mungkin bercantum lagi
Ku intai cinta dalam rahsia
Dan airmata

Mereka sering berkata
Cinta itu milik kita
Tapi mengapa kau enggan
Ucapkan cinta

SEDIH KAN..... 

22 March 2013

BILA NK BERUBAH NI?

Dalam kehidupan perlu ada kesedaran dan motivasi diri,,
baru kita akan ada panduan untuk hidup,,, 
seperti kawan2 kita dari UUM ni,,,, sanggop dari Sintok ke Sg. Petani semata2 untuk memotivasi diri sendiri…  shabas.. 


mehh sya nk bg motivasi sikit,, baca dan paham elok

 

 
ni kisah seekor anjing, 
ada seekor anjing ni, di tuan dia tinggal dia di Malaysia, dia blh hidup, tuan dia hantar dia ke eropah dia boleh hidup bah kan happy lagi, tetapi bila tuan dia hantar dia ke padang pasir, dia meninggal.. nk tau sebab apa, sebab dia mati kena serang sakit pundi kencing kerana tahan kencing,, nk tau kenapa dia tahan kencing?. Sebab dia perlukan benda untuk dia kencing, mcm di Malaysia, Eropah, singapo semua ada tiang, tembok untuk dia lepas kencing, di padang pasir xda semua tu mcm mana dia nk kencing, sebab tu bukan habitat dia,, bunyi mcm kelakar kan… tetapi kita jangan jadi mcm anjing ni plak, biarlah dimana sekalipon org hantar kita bekerja, biarlah di bahagian mana sekali pon kita diarah bekerja, biarlah di syarikat mana sekali pon, biarlah dengan siapa pon kita bekerja,, kita haruslah berani suaikan diri agak kita tak budah disingkarkan dan mudah bergaul dengan banyak org.
ini pulak cerita seekor babi,
pada satu hari, raja rimba buat satu pertandingan karoke,, hebat dlm hutan pon ada karoke,, ramai binatang sertai pertandingan ini, bila arnab bernyayi lagu dangdut 100 persen, ramai yg tepok tangan, bila monyet karok lagu rock cinta kain putih,, bila tikus nyayikan lagu balada gadis dan bunya,, ramai yg bersorak keriangan,, bila smpai giliran babi, ramai yg terdiam.. n marah2, baling botoi,, kenapa?.. nk tau tak dia nyayi lagu apa?... dia dendangkan lagu KITA SERUPA… sapa yg serupa dgn babi?... msti smua xmau kan… mcm tu jugak lah kita,, memang lah kita Nampak rambut sama hitam, tetapi hati lain2,, jadi jangan kita terlalu yakin dengan orang di sekeliling kita, walaupon Nampak baik,, tu belum tentu lagi menjamin kebaikan seseorang, kadang2 nampak baik tetapi kaki pecah amanah.. mcm mna 2.. so jangan terlalu percaya…
anjing dah babi pon dah,, ni kisah HELANG pulak,, 
helang ni ada 2 jenis, satu helang merah iairu kawi dan lagi sat utu helang hitam, cuba kita lihat helang.. dia terbang tinggi ke atas,, dan bila duduk gaya dia mcm gagah mendada ja.. tetapi bila dia nk makan dia akan turun ke bawah jugak akhirnya, mcm lah kita, walaupon kita orang atasan, bangga, pangkat tinggi2,, tetapi kalau xda orang bawahan xkan kita mampu capai semua tu,
aiiiii khusyuk dengar smpai terlena,, bagus betoi..


Fikir2kan lah ~~ dan selamat Berubah..

5 March 2013

PEMILIHAN BINGKAI CERMIN MATA YANG SESUAI….

Apa khabar semua …

Hari ni kaca mata hitam fany rosak.. (hehehe apa salahnya guna bahasa baku kan),
Kanta dia terpisah dari bingkat, L ,, habislah koleksi fany,, ni koleksi ke 8 fany,,, yg tinggai Cuma koleksi ke 6 ja yg masih blh guna pakai. Itu pon tak best nk pakai,

Kenapa tak best?..
sebab tak sesuai dengan bentuk muka fany lah. Tu yang tak best tu…

JOM Fany nak kongsi macam mana nak pilih cermin mata yang sesuai dengan wajah kita…

KITA ADA 7 KATEGORI BENTUK WAJAH(yang fany tau ja ni).



1. Wajah Berbentuk Bulat – dimana saiz lebar dan panjangnya hampir sama dan tiada sudut,, Apa Yang Sesuai :

- Bingkai cermin mata haruslah petak dan warnanya gelap, ini bagi menampakan muka lebih panjang dan mengurangkan bentuk bulat pada wajah
- Tample(kaki) lebih sesuai jika menggunakan yang tinggi atau sederhana tinggi, tujuannya nk bagi muka lebih Nampak panjang..
- Tips: Elakan guna bentuk bingkai yang bulat, ini akan membulatkan lagi muka tu…



2. Wajah bentuk bersegi/Petak – wajah ini mempunyai dahi, dagu(rahang), tulang pipi sama seginya,, dia menampakan wajah kita seperti kotak dan besergi..
SO :
- Gunalah bingkai yang berbentuk bulat atau bujur, ini lebih sesuai dan dapat mengurangkan segi pada wajah kita..
- Tips : elakan guna bingkai yang petak, gunalah bingkai yang ada sedikit melengkong di hujungnya atau dibawahnya.


3. Wajah Berbentuh Hati – ini tersedia maklumlah hati kan lebar dibahagian atas dan tajam di bahagian bawah, oleh itu muka yang berbentuk hati ini mempunyai dahi yang lebar dan dagu yang tajam atau kecil, tetapi tulang pipi yang tinggi.
Bingkai yang sesuai :
- Rimless adalah bentuk yang paling sesuai. Ini kerana muka berbentuk ini sukar dipadankan dengan mana2 bingkai. Oleh itu rimless adalah pilihan terbaik sekali.



4. Wajah Berbentuk Segi Tiga, - ini terbalik dengan muka berbentuk hati, dimana dia mempunyai dahi yang kecil, tetapi pipi, dagu dan rahangnya adalah luas.
Oleh itu :
- Bingkai yang sesuai adalah bingkai yang berbentuk petak atau half-frame ini untuk seimbangkan di bahagian atas..


5. Wajah Berbentuk Bujur Sirih – pemilik wajah ini selalu dipuji, kerana wajahnya sungguh ideal dimana memiliki pipi yang lebih kecil dari dahinya dan tulang pipi pula tinggi. Seperti daun sirih…Tak susah lah untuk memilih bingkai,
- Gunalah bingkai yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil, kena pilih mengikut nisbah wajah kita,, kira berpadanan lah.
- Tips : jangan menggunakan tample(kaki) yang rendah, ini akan menyebabkan tiada keseimbangan pada wajah..

6. Wajah Berbentuk Daimond/Berlian – pernah tengok belian kan?. Dimana dibahagian mata dan rahang yang sempit, dahi dan pipi pulak kecil cengkong lah, tetapi tulang pipi tinggi. Untuk pemilihan bingkai yang sesuai :
- Pilihlah frameless, ia amat sesuai,
- Kalau nak yang lebih menarik pilihlah bingkai yang petak di bahagian atas dan melengkung di bawah.
- Tips: Untuk menonjolkan bahagian mata dan menyorokkan bahagian tulang pipi, cuba bingkai yang mempunyai browlines (bentuk seperti bingkai kacamata Wayfarer Ray Ban).

7. Wajah berbentuk Panjang/Oblong – mukanya lebih panjang dari lebarnya, selain itu memiliki garisan pipi dan hidung yang panjang.. Untuk Nampak cantik menggunakan cermin mata :
- Cuba menggunakan bingkai yang lebih lebar.
- Selain itu guna temple(kakai) yang bercorak, ini bertujuan bagi menampakan lagi kelebaran
- Tip: Nosebridge yang rendah membantu dalam “memendekkan” hidung dan kaki (temple) yang “jatuh” akan membantu memperlihatkan muka menjadi lebih pendek.