31 August 2012

Ciri-Ciri Pelajar Yang Cemerlang.

  1. Optimistik
    Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan 'aku BOLEH!'
  2. Jangan bersikap pesimistik
    Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu.
  3. Kesedaran memikul tanggungjawab
    Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.
  4. Tumpuan sepenuh hati
    Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan 'terpelajar' pada suatu masa kelak. Malah lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar seperti mereka sendiri.
  5. Mulakan dari awal
    Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar yang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi 'bidan terjun' ke dewan peperiksaan.
  6. Sentiasa bersedia
    Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata 'Ya!' Kalau anda peminat 'The Rock' anda akan berkata 'Just bring it on..!'
  7. Lengkapkan peralatan
    Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan pembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan semangat untuk terus belajar. Cuba bayangkan, anda ingin basuh tangan selepas makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa 'bengang'?
  8. Tepati waktu belajar
    Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.
  9. Dapatkan bantuan guru
    Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.
  10. Hormati guru
    Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.
  11. Bersoal jawab dengan guru
    Pelajar yang cemerlang bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.
  12. Beri pandangan membina
    Pelajar yang cemerlang sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.
  13. Berbincang dengan rakan
    Pelajar yang cemerlang sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.
  14. Siapkan tugasan yang diberi
    Pelajar yang cemerlang menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.
  15. Tubuhkan kumpulan studi
    Pelajar yang cemerlang mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan. Tapi jangan tubuhkan kumpulan studi yang akhirnya menjadi kumpulan bersembang! Carilah rakan-rakan yang ragin dan gigih. Tinggalkan rakan-rakan yang hanya suka temberang.
  16. Sering masuk perpustakaan
    Pelajar yang cemerlang menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam. Perpustakaan adalah gedung ilmu. Perpustakaan juga adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda mentelaah pelajaran.
  17. Baca akhbar
    Pelajar yang cemerlang membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan. Secara khususnya ini merujuk kepada isu-isu am dan rencana ilmiah dan bukan ruangan gossip atau artis.
  18. Menonton rangcangan yang sesuai
    Pelajar yang cemerlang menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi. Antara lain adalah rencana pengetahuan (seperti 'Discovery') dan berita semasa.
     
  19. Lakukan peperiksaan kendiri                                                                                                     Pelajar yang cemerlang mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar. Melakukan peperiksaan kendiri samalah seperti masuk ke klinik. Anda akan diberi tahu tentang 'penyakit' anda (kelemahan-kelemahan anda). Selepas itu, pandai-pandailah cari ubatnya.  
  20. Sediakan jadual waktu
    Pelajar yang cemerlang menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.
  21. Sertai ceramah motivasi
    Pelajar yang cemerlang mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
  22. Sertai seminar peperiksaan
    Pelajar yang cemerlang mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan. Sertainya seminar-seminar yang dikendalikan oleh orang yang pakar dalam bidang masing-masing. Selain daripada pengalaman, anda juga mungkin menerima pelbagai tips dan petua berguna.
  23. Beli buku rujukan
    Pelajar yang cemerlang membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.
  24. Masuk kelas tuisyen
    Pelajar yang cemerlang mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
  25. Lawatan ke pameran buku
    Pelajar yang cemerlang mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan. Kalaupun anda tidak membeli, sekurang-kurangnya jiwa anda akan hampir pada buku dan ilmu. Jika anda selalu menziarah sumber ilmu, ilmu itu pula akan sering menziarahi anda. Kalau anda masuk ke kedai minyak wangi, keharumannya akan terlekat juga. Kalau anda masuk ke kandang najis... (fikirlah sendiri)
  26. Sertai kokurikulum sekolah
    Pelajar yang cemerlang menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pula akan melahirkan pemikiran yang lancar. Otak yang berkarat akan melahirkan pemikiran yang lembab.
  27. Sanggup manghadapi cabaran
    Pelajar yang cemerlang perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah. Rayuan kekasih atau buah hati juga kadangkala merupakan dugaan yang maha hebat. Pandai-pandailah membawa diri.
  28. Jaga keselamatan diri
    Pelajar yang cemerlang menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.
  29. Jaga kesihatan fizikal
    Pelajar yang cemerlang menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Makan makanan yang berzat. Kurangkan makanan ringan atau 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.
  30. Makanan seimbang
    Pelajar yang cemerlang menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh
     
  31. Malu bertanya sesat jalan
    Pelajar yang cemerlang tidak segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
  32. Sembahyang
    Pelajar yang cemerlang menjaga sembahyangnya. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.
  33. Doa
    Pelajar yang cemerlang sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.
  34. Tawakkal
    Pelajar yang cemerlang berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.
 Fikir2kan lah.~~ dan Selamat Beralam..

30 August 2012

10 Perkara Yang Merosakan Otak.

 1. Tidak Mengambil Sarapan Pagi - *Otak merupakan orgen yang paling banyak menggunakan tenaga, hampir 25% keperluan tenaga badan kita adalah otak. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi  rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak, banyak sel-sel otak akan mati dan seluruh otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut. Oleh itu jangan lupa sarapan. TETAPI jangan terlebih makan. kalau tak lihat ulasan ke 2.



 2. Terlebih Makan - *Tidak menganggap makan berlebihan memberi otak lebih baik, malah dia akan menyebabkan banyak darah dialirkan ke perut dan usus untuk tujuan pencernaan dan menyebabkan kurang darah sampai ke otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas, dan hilang daya fokus. Jadi jagalah pemakanan kita..


3. Merokok - *Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak. Dengan ini katakan TAK NAK kepada ROKOK.


4. Mengambil Gula Berlebihan - *Gula yang berlebihan dalam badan boleh penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat. Nak lebih baik lagi minumlah air masak... bagus~~


5. Menghidup Udara Yang Tercemar - *Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan kita. Menghidu udara yang tercemar akan menyebabkan kerosakan sel-sel otak. berkawan dengan perokok juga terdedah kepada masalah ini.. so jangan kawan dgn perokok,, kalau nak kawan juga suruh dia berhenti merokok..


 6. Tidur Yang Berlebihan - *tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita, tetapi tidur yang berlebihan akan menyebabkan otak kita kurang aktif dan melemahkan daya pemikiran kita, jangan tidur 24jam sehari.. hehe.


7. Tidur Dengan Tutup Muka - *Ini lagi satu pemasalahan, walaupon kita tidur cukup jam tetapi dalam keadaan meniarap atau tutup muka tak kira lah dengan bantai ka buku ka lengan ka, ia juga tidak baik untuk otak. Ini kerana banyak gas karbon dioksida teperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Maka otak akan kekurangan oksigen yang menyebabkan otak lemah.


8. Kurang Berimaginasi - *Berfikir merupakan salah satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi akan menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.. So tak salah kalau nak berangan, cuma jangan macam Mat Jening sudah la..

  
9. Jarang Berfikir - *Jarang  berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembab dan tidak aktif. Maka, selalu-selalulah berfikir, ini akan membantu otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak.



10. Tidak Membaca Al-Quran - *Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah SWT, membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkan otak kita daripada rosak. Marilah kita sama-sama mengikut program mari mengaji di TV9.. 




 Fikir2kan lah~~~ dan Selamat Beramal..

28 August 2012

JOM MOTIVASI Diri Kita~~



Jangan Perduli Kita Siapa

Selalunya ia akan bermula dengan tanggapan seperti ini :-

’saya rasa kurang semangatlah’
’saya ni tak bijak’
’saya tak yakinlah, boleh ka?’

Malangnya, kita akan mula percaya dengan tanggapan-tanggapan diri kita sndiri.
Akhirnya tanggapan negatif ini akan akan menjadi sebati dgn diri kita.

Cuba belajar mempunyai sedikit keyakinan tentang apa yang anda sedang dan 
anda akan lakukan pasa masa depan.

Jangan menyesal kalau kita gagal, setiap kegagalan yang kita hadapi akan memberi pengajaran kepada kita.
Dengan itu, buang segala habuk-habuk kekecewaan, tinggalkan rasa kesedihan, 
kumpulkan motivasi-motivasi diri, dan ulang sekali lagi.
Jangan sesekali mencaci atau mempekecilkan diri kita.


Berhati-hati Membuat Pilihan
 
Pada setiap masa, otak kita akan menawarkan dua atau lebih pilihan.
Misalnya otak kita akan memberi pilihan sama ada mahu melakukan kerja itu sampai berjaya atau tak payah melakukan kerja itu kerana dah tau akan gagal.
Jadi kita kena buat pilihan yang berdasalkan otak kita, tetapi mesti yakin dengan diri.


Pertahankan Apa Yang Kita Suka

Tak ada yang lebih bererti dalam kehidupan kita selain daripada melakukan sesuatu yang kita suka.
Ada sesetengah orang beranggapan ia adalah ’minat’ dan ada juga yang beranggapan ia sebagai ’sebab’.
Sebab, alasan, hobi, minat atau apa jua gelaran kita beri itu sebenarnya merupakan sumber motivasi yang kuat dan tidak pernah kering atau habis.
Bahkan adakalanya kesukaan ini mampu memotivasikan kita sepaya melakukan sesuatu yang luar biasa atau kejayaan yang kita sndiri tidak jangka.


Berimpian Besar

Mengimpikan sesuatu yang besar akan menghasilkan satu inspirasi.
Inspirasi pula akan membuat kita bekerja keras untuk mencapai apa yang kita impikan.
Cuba fikirkan : ”apa akan berlaku kepada kita yang tidak ada impia ni?” mesti tak ada apa-apa kan?”.
Kalau kita tidak berimpian tinggi dan hanya ditakok sedia ada, 
kita akan menjadi orang biasa dan serupa dengan orang lain.
Apa yang paling kita takuti adalah 
”bila kita berimpian tinggi dan gagal mencapainya tetapi bila kita berimpian rendah senang untuk mencapainya”.
Itu tanggapan yang salah ! itu bukan bermakna kita gagal, Cuma kita perlukan usaha lebih untuk mencapainya.


Bersaing Dengan Diri Sendiri

Bersaing dengan orang lain memang bagus, tetapi bila kerap kali kita gagal akan menjadi penyebab utama motivasi diri kita musnah.
Manakan tidak, kita kerap membanding-bandingkan diri kita dengan kelebihan orang lain, sedangkan kita sendiri tidak bersaing dengan diri kita sendiri untuk terus bangun.
Oh~~ ya, mungkin kita masih ingat pepatah ini kan? ”you are you worst enemy” . Jadi janganlah kita pandang rendah pada diri kita sendiri,
Sebelum kita mengalahkan orang lain, kalahkan diri kita sendiri dahulu, itu baru hebat namanya. Ini kerana diri kita yang akan menguasai kita.



Fikir2kan lah~~~ dan Selamat Beramal..

27 August 2012

Ayuh !~ Kenali Siapa Diri Kita

  1. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.
  2. Kita selalu lupa apa yang kita miliki, tetapi kita selalu ingat apa yang orang lain ada.
  3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tampa perlu usaha sikit pon.
  4. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah dan hadapilah.
  5. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa kerana anda masih mempunyai masa depan.
  6. Sesiapa yang tak pernah merasai kepahitan, ia tak akan merasai kemanisan.
  7. Tidak pernah wujud orang malas, kerana orang yang dianggap malas adalah orang yang tidak dapat mencari kerja yang menepati minatnya.
  8. Tidak penting berapa lama kita hidup, tetapi yang penting bagaimana keadaan kita masa hidup.
  9. Tampa permulaan, anda tak akan smpai ke mana-mana.
  10. Orang yang bijak, akan mempelajari banyak pekara daripada musuhnya.
  11. Semangat yang kuat akan mengatasi apa jua cabaran yang datang.
  12. Selagi kita masih cuba dan berusaha, selagi itu lah kita akan dapat apa yang kita inginkan.
  13. Anda tak akan merasa penat selagi anda buat apa yang anda suka.
  14. Lombong emas dalam diri kita adalah fikiran kita, kitalah yang akan menggali sedalam mana kita mahu.
  15. Ketabahan memerlukan keyakinan, keyakinan menentukan kejayaan, kejayaan pula menentukan kebahagiaan
  16. Kita selalu beranggapan ujian merupakan batu penghalang, tetapi ujian sebenarnya merupakan satu batu lonjatan untuk berjaya.
  17. Kekuatan tidak datang dari kekuatan fizikal, tetapi ia datang dari semangat yang tak pernah mengalah.
  18. Gagal selepas usaha adalah hikmah dimana kita akan mendapat sesuatau benda yang besar daripada apa yang kita sangkakan. 

18 August 2012

Kenali Apa Itu MINDA~~~~.

Tahu tak, 75% - 80% pemikiran manusia adalah negatif. Kita lebih senang melayan perasaan negatif daripada yang positif.

Betul tak jika saya katakan, lebih senang layan rasa geram, sakit hati, marah, dendam dan tak puas hati pada orang lain? Setuju tak?

Tapi kalau kita sematkan rasa kagum, gembira dan mahu ceria sepanjang hari, amatlah payah sekali. Mengapa ini terjadi?

Kerana Anda telah lama membiasakan diri Anda untuk "melayan" sifat-sifat negatif macam yang saya sebut tadi. Semua rasa kagum, gembira dan ceria tu tenggelam jadinya bahkan hampir tak wujud langsung.
Selain tu, pemikiran negatif telah berakar umbi dalam di minda Anda. Contohnya, nampak saja orang tu, terus rasa menyampah, geram, sakit hati, tak senang dan mahu menjauh dari orang tu. Perasaan ni timbul secara automatik. Ini semua telah tertanam di minda melalui perasaan Anda.

Minda mengarahkan saraf-saraf di dalam badan anda supaya mewujudkan perasaan tak senang hati lalu mewujudkan tindakan. Semua yang dirasa oleh Minda, akan diingat dan di simpan dalam memori, ni bukan pakai memori macam "memory card" kat dalam Hanphone tu, tapi ini memori kekal.
Apa yang anda letak di minda, itulah yang akan Minda ikut. Minda kita tak tahu benda tu baik ke buruk, dia hanya buat apa yang kita suruh dia buat, tanpa kita sedari.

Jika anda rasa menyampah dengan seseorang tu, maka sampai bila-bila pun situasi "menyampah" terus wujud dalam hidup Anda. Jika kita asyik rasa meluat ngan orang tu, sampai bila-bila pun situasi meluat akan muncul tanpa henti, walaupun Anda tak mahu! Ini akan membantutkan cita-cita Anda untuk mahu menjadi orang cemerlang.

Sebab itu, Anda perlu berjaga-jaga dalam pemikiran, perasaan, tindakan dan keputusan. Minda akan merealisasikan apa saja keinginan Anda, perasaan Anda, matlamat Anda dan kemahuan anda. Kalau buruk, buruklah. Kalau matlamat baik, baik jadinya.

Bagaimana Minda meralisasikannya, itu perkara kedua.
Jadi, untuk nak jadi orang yang cemerlang, nak jadi orang yang bermotivasi dan nak jadi orang yang tak pernah putus asa, Anda kena belajar untuk tanamkan sifat-sifat positif dalam diri Anda. Manipulasikan kehebatan Minda sepenuhnya.

Letakkan sifat-sifat baik dalam minda, supaya ia mewujudkan situasi-situasi baik dan cemerlang dalam hidup Anda. Apa yang kita tanam, itulah yang akan kita tuai. Tanam benih yang baik, siram dengan air yang baik, maka hasilnya akan jadi buah baik, cemerlang dan luar biasa hebat.

Takde siapa yang akan melakukannya, cuma Anda seorang. Kerana, anda memegang kunci kepada diri Anda.

Semua password, setting dan segala customization, anda yang pegang, kerana itu diri Anda. Saya sarankan Anda wujudkan dalam diri sifat-sifat orang cemerlang di bawah ni, step-by-step : 
             - Minda yang cerdas
             - Jiwa yang tenang.
             - Kawan yang ramai
             - Rumah tangga yang bahagia
             - Badan yang sihat
             - Jiwa yang kental
             - Kawan yang kukuh

Selain tu, tak lupa juga pada kegiatan yang berkualiti dan kehidupan yang seimbang.
Maksudanya kehidupan seimbang ni, bila kita dah bekerja kuat, kita kenalah beri "hadiah" pada diri kita, barulah seimbang.. Kalau kerja kuat tapi rehat sikit atau takde rehat langsung, itu tak seimbang namanya.. ia akan memberi kesan buruk pada diri Anda.

Badan perlukan rehat dan minda perlukan ketenangan agar dia dapat berehat dan bekerja semula dengan lebih baik dari sebelumnya. Kalau kita dah lari 100 meter, mestilah penat, mestilah nak rehat, baru kita boleh lari semula. Inilah contoh bagi maksud seimbang. 

Anda dapat mencapai matlamat anda 10 kali ganda lebih cepat jika anda bertindak dengan lebih ceria dan lebih bersemangat. Percaya tak? cubalah..

16 August 2012

Jom Berubah ~~~~

Kali ini saya berkata tentang perubahan diri. Sedar atau tidak, setiap masa kita berubah seiring dengan masa dan perubahan keadaan. Untuk apa kita berubah?

Sebab, perubahan adalah asas bagi Anda untuk mencapai kejayaan dalam apa juga bidang. Ramai motivator lain menitiberatkan tentang pentingnya berfikiran positif.

Tapi, hanya berfikir positif saja tak cukup dan tak berapa menjadi sebenarnya!

Anda dan saya ada impian masing-masing. Saya percaya bahawa dalam hidup ni kita mahu menjadi seorang yang special dan lain dari yang lain.

Kita mengimpikan rumah yang besar, kereta idaman yang besar dan pasangan hidup ( yang besar? .. owh Shueqry, awak bergurau!) .

Tapi, ramai orang melupakan impian mereka bila berhadapan dengan cabaran. Ya, cabaran hebat yang membuatkan mereka give-up, tak nak berusaha lagi dan lost control.

Last-last, impian hanyalah satu impian. Kata mereka..

"Biarlah saya tak dapat rumah besar, rumah sekarang yang ni pun dah cukup"

"Biarlah saya tak dapat pakai BMW, kereta Proton Saga ni pun dah ok"..

"Biarlah saya tak jadi jutawan, cukupla dengan gaji yang sedia ada. Buat apa nak susah-susah, semua dah cukup"

Maknanya anda tak mahu berubah. Anda terlupa, bahawa anda dan saya boleh merubah semua ini dengan mula merubah mindset kita. Inilah dia kuasa yang saya katakan tadi.

Jadi, kalau Anda lupa, menjadi tugas saya untuk memperingatkan Anda. Dalam diri anda dan saya, kuasa ni memang wujud. Bangunkan ia dna gunakan untuk mencipta keajaiban diri.

Serap tabiat berfikiran positif sebagai asas.
Bersangka Baiklah Dengan Semua Orang Dalam Apa Jua Keadaan.

Katakan pada diri, walau apa jua yang berlaku, anda tetap mahu mencapai matlamat anda. Tuliskan ia setiap hari atau lafazkan dengan kuat bila anda berseorangan.

Kenali diri anda terlebih dahulu, kekurangan dan kelebihannya lalu manipulasikan kuasa minda untuk mencapai apa saja yang Anda mahu. Sudah tentu, semua bermula dengan fikiran positif.

Tapi, seperti tadi, itu masih belum cukup untuk mula merubah hidup anda.

Anda mesti ada strategi, satu langkah perancangan step-by-step untuk merubah cara anda berfikir dan sebagai "skrip" untuk mencapai matlamat anda.

Jika anda merasa tidak puas hati dengan hdup anda sekarang, mulakan perubahan.

Jika anda sedang dalam proses perubahan, buat penilaian. Adakah matlamat anda masih jauh? Nilai semula "skrip" anda.

Sediakan backup-plan, Plan A dan Plan B, dan senaraikan apa lagi strategi yang dirasakan perlu untuk mencapai matlamat tu.

Bertindak. Kalau masih tak menjadi, ubah strategi. Cuba lagi..

Jika masih juga tak menjadi, nilai semula strategi itu. Adaptasi cara yang baru dan mulakan strategi baru. Sedia untuk berubah dari semasa ke semasa.

Bagi saya sebagai seorang usahawan, matlamat saya adalah untuk mencapai target kewangan yang saya mahukan. Oleh itu, saya akan guna beberapa strategi yang telah saya rancang dan beberapa cara promosi supaya produk saya laku dan untung pun masyuk.

Strategi saya berbeza dan sering berubah-ubah mengikut trend pasaran dan permintaan.

Jika anda seorang pelajar, matlamat Anda adalah untuk skor di dalam peperiksaan dan mencapai keputusan cemerlang. Oleh itu, gunakan apa saja teknik belajar supaya Anda boleh menyekor dalam setiap ujian, dan setiap peperiksaan semester.

Teknik belajar tu la yang saya namakan strategi. Jika anda seorang pekerja, tetapkan matlamat untuk mencapai tahap kewangan yang anda mahukan atau jawatan yang Anda mahu pegang 3 tahun dari sekarang.

Selepas itu, dengan suasana santai, senaraikan apa jua cara halal yang anda rasa boleh diguna untuk mencapai matlamat itu, (Bodek bos? ermmp, lupakan saja jika itu salah satu strategi Anda).. mungkin dengan menjaga disiplin diri, menitikberatkan kekemasan kerja dan be profesional setiap masa.

Jadi, untuk menggenggam kejayaan, sedia untuk berubah bila-bila masa, di mana jua.

Untuk berubah, anda perlu setkan minda untuk sedia berubah.

Lihat pada kejayaan orang lain.

Tidakkah anda mahu jadi seperti mereka?

Mulalah merubah diri anda, kerjaya anda dan kewangan anda anda hari ini juga.

LET GO ~~~.

Kali ini saya akan berkata teknik berterima kasih, teknik bersyukur dan belajar menjadi seorang pemaaf. Saya juga akan menyentuh sedikit tentang teknik LET GO.

Pertama sekali, untuk mengurangkan beban masalah dan stres yang melanda, latih diri Anda untuk berterima kasih. Maksudnya, berterima kasih pada alam semesta (Universe) kerana memberi Anda idea penyelesaian kepada masalah tu.

Latih minda Anda untuk menumpu fikiran pada penyesaian (solution) dan bukannya asyik memikir masalah + asyik memikir stress. Dalam Law Of Attraction, apa yang kita selalu fikirkan, akan menarik fikiran yang serupa yang situasi-situasi yang serupa dengan yang kita fikirkan.

Jadi, jika kita asyik fikir masalah dan asyik fikir diri kita yang stress, makin banyaklah masalah yang akan timbul dan makin banyak situasi yang membuatkan Anda bertambah stress.
Fokus pada penyelesaian dan fokus juga pada cara untuk kurangkan masalah tu step-by-step.

Berita baik, masalah dan stress takkan kekal. Tanya diri Anda, apa yang boleh Anda buat untuk menyelesaikan masalah itu dan bila Anda mahu selesaikannya. Latih diri untuk banyak bertanya,bertanya dan bertanya.

Wujudkan pertanyaan itu dalam minda dan minda Akan menemukan Anda dengan situasi-situasi, orang perseorangan mahupun menimbulkan idea secara tiba-tiba untuk Anda menyelesaikan masalah tu.

Saya berikan contoh soalannya di sini:

Apa yang aku boleh buat sekarang untuk selesaikan masalah ni?

Dimana aku boleh bermula?

Apa sumber-sumber yang aku ada?

Dengan cara apa aku boleh kurangkan masalah aku ni?

Pada siapa aku boleh minda pendapat dan sokongan?

Apa yang bagusnya tentang masalah ni?

Apa motivasi yang ada dalam masalah ni?

Dalam menyelesaikan masalah aku ni, apa lagi yang belum sempurna?


Kemudian, ucapkan terima kasih pada yang Maha Esa dan alam semesta (Universe) kerana memberikan Anda penyelesaian pada masalah tu. Ucap sebanyak mungkin dalam sehari. Biar rasa syukur dan terima kasih tu meresap sedalam-dalamnya pada diri Anda.

Saya tahu, mungkin penyelesaian tu tidak muncul sekarang, tapi... be consistent kerana ia akan muncul di masa akan datang, mungkin juga selepas itu.

Lebih banyak Anda berterima kasih, lebih banyak penyelesaian yang akan timbul dan lebih banyak bantuan yang akan muncul. Latih diri Anda untuk berterima kasih pada semua orang, semua keadaan dan pada semua situasi bagaikan Anda terhutang nyawa dengan mereka.

Kemudian, latih diri untuk LET GO.

Maksudnya, dengan LET GO, biarkan ia.. dengan ini Anda membenarkan minda bawah sedar menjalankan tugasnya. Bertenang, relaks dan jangan terlalu memaksa minda bawah sedar Anda.

Jangan pula terlalu mengharap penyelesaian untuk cepat timbul, ia menampakkan Anda seorang yang tidak tahu bersabar. Jika Anda terus berkelakuan begini, minda bawah sedar takkan membantu Anda dan segala apa yang Anda usahakan tidak mendatangkan hasil sebab Anda menekannya. Tunggu saja.

Biarkan ia berlaku dengan sendiri. Itulah yang saya maksudkan dengan LET GO. Let it be natural.

Setelah itu, sediakan pen dan buku nota kecil untuk di bawa ke mana-mana. Pergilah berjalan-jalan, ambil angin mahupun melihat-lihat keadaan sekeliling dengan santai. Idea akan timbul di mana-mana, bila-bila masa.

Peluang akan muncul tiba-tiba, itu sebab perlu ada pen dan buku nota kecil. Tuliskan idea penyelesaian yang timbul dari minda Anda.

Lagi satu, latih diri Anda untuk jadi seorang pemaaf. Takde gunanya jadi seorang yang panas baran, pemanas, kuat melenting, egoistik, memandang rendah orang lain, meluat dengan kejayaan orang lain, asyik tak berpuas hati dan tak ambil peduli ngan orang lain. Itu takkan membantu.

Mengapa? Sebab Anda takkan dapat menjadi seorang yang bersyukur.

Jika begitu, lebih banyak masalah yang akan timbul satu persatu dan lebih banyak tekanan yang akan berlaku pada diri Anda, tanpa henti dan takkan pernah berhenti.

Kemudian, Anda takkan jadi orang cemerlang dan takkan dapat mencapai apa saja matlamat yang Anda impikan. Bahkan, ilmu minda bagaikan satu perkara seumpama mimpi siang hari, dirasakan mustahil, merepek dan buang masa.

Simple, tapi ramai orang lupa. Sudah menjadi tugas saya untuk mengingatkan Anda.

Cuba lihat pada orang yang cepat marah dan yang ego. Orang sebegini hidupnya tak pernah lari dari masalah.

Dia susah nak maafkan kesalahan orang lain, dengan itu dia susah untuk menerima hakikat masalah yang menimpa dirinya, bahkan dia menyalahkan alam semesta (Universe) kerana memberikan masalah pada dirinya malahan menganggap masalah tu kekal.

Sebelum Anda tidur, luangkan masa beberapa minit untuk memberi kemaafan buat semua orang.

Tutup mata dan bayangkan wajah-wajah yang menyakitkan hati Anda pada hari ini mahupun yang lepas-lepas.

Maafkan mereka. Maafkan dengan sepenuh hati. Biar rasa kemaafan tu meresap ke dalam jauh ke dalam diri anda, sedalam yang mungkin dan lafazkan kata-kata maaf seikhlas yang mungkin dengan nada berbisik.

Lakukan ini seberapa banyak yang mungkin setiap kali mahu tidur.

Selepas itu Anda akan terasa lebih "ringan".

Tak percaya? Cubalah.. ini apa yang selalu saya lakukan. Ia dapat membantu Anda menjadi lebih cemerlang dalam mengawal emosi.

Ia terasa agak sukar diperingkat permulaan, jangan paksa diri, biarlah ia lahir dari hati Anda bukannya dibuat-buat. Jujurlah pada diri sendiri.

Jika ada terasa perubahan pada diri Anda, beritahu saya tentang perubahan itu, saya amat gembira untuk mendengarnya. Hantarkan ia melalui email ke shueqry@gmail.com.

Dengan bijak mengawal emosi, diri Anda akan dipacu oleh minda ke arah kecemerlangan.

Berubahlah menjadi seorang yang selalu berterima kasih, selalu bersyukur dan jadilah seorang yang pemaaf mulai sekarang, kerana ini adalah sifat orang-orang yang cemerlang.