24 May 2012

Jom Kelik Kampung...

Tarikh   : Bulan 12 Tahun 2011…
Masa     : Cuti Sekolah…
Tempat : Kampung Halaman Ku…

Setiap hujung tahun kami akan pulang ke Thai, nk buat macam mana bila duduk luar Negara ni setahun sekali jelah balik kg, tu pon kena tunggu cuti sekolah, ye lah cuti sekolah ja time yg sesuai pon, adik2 cuti, abah pon cuti jugak, Cuma aku je lah kena ambik cuti, tapi tak kisah lah sebab time2 macam ni lah nk berkumpul adik beradik pon..
Lagi pon aku memang suka balik sana,, sebab suasana dia Best lah, Nk tau best macam mana?.. jom kita jelajah kg aku.. ^_^

Hari pertama (RABU)

aku dari pendang kedah n nk ke Thai, so kami ikut bukit kayu hitam, kalau nk di ikutkan kami nk masuk ikut durian burung, tetapi ada masalah sikit pagi tu, kami terpaksa ke Pjb immigration dulu utk buat visa dkt anak angkat abah dulu, baru boleh p..
Dari bukit kayu hitam nk ke kg abah di perkampungan Melayu Bangkok mengambil masa 2 jam lebih.. lama tu eeee ~~~~
Dalam perjalanan, aku terkejut, rupa-rupanya ada tesco dkt sana,, kenapa sebelum ni tak perasan pon.. sungguh tak ku sangka..


Destinasi kami sekarang Yala, sebelum sanpai yala kena melalui Hat Yai dulu.. alamak merah la pulak…


Sepanjang perjalanan banyak  sungguh sekatan jalan dibuat, lebih kurang 10 jugak la kami dah tempuh, macam main game la pulak… heee L



Akhirnya kami dah smpai ke daerah Yala,, Yahoooo… tapi jauh lagi la nk sampai, 1 jam lagi sementara nak sampai… jauhnya L..


Lapar pulak jalan jauh2 ni,, apa lagi jom singgah makan dekat kedai Atap.. Yam Yam Yam time tu santap. Abah dengan mak oder nasi putih, tomyam putih n telor dadar, ulam kubis. aku n adik2 oder maman ja,, (no jerok maman ya, tapi instant noodle AKA megi).


Kehidupan dekat Thai pon mcm kita jugak, ada Pjb Pos, ada Sekolah, Kolej Komuniti pon ada… mcm Malaysia kan?….




Dah habis kami lalui kawasan Bandar sekarang lalu kawasan pantai pulak, sementara nk sampai kg hujan pulak, tapi sempat kami singgah Pantai Sakom, singgah sat je lah tak boleh lama2 sebab ombak dia kuat sangat, Pantai Sakom pernah dilanda thunami, so takut lah nk singgah lama2…



Dalam pkl 4ptg mcm tu baru kami sampai di perkampungan Melayu Bankok, rumah Cikman(sepupu abah). Dapat jugak rehat.. 



Lepas solat Asar kami p melawat Maknap(sepupu Maktok), kak shidah(2 pupu abah) n sarimah(3 pupu dengan farra). Tak jauh pon rumah depa jalan kaki pon sampai.


Solat sudah, rehat pon sudah, Cuma perut ja belum diisi,.. laporrrrnyaa,,. Manu mlm ni kami makan Sup Ayam Santan, Ikan Goreng, Peria Goreng dgn Udang, sambai belacan n ulam timun. Berseleranya nk makan…. 



Hari Kedua (khamis)

Pkl 7.00am gelap lagi kat sana, pagi2 dekat sana sejuk la,, mcm dkt gentting pulak. Farra tetarik dengan tiang elektrik dkt sana, masik tak berubah (kayu) dan unik,, Cuma serabut ja ckit,, hehehe J



Tengok lah bus depa, open ja..


Asyik layan perasaan ja kat luar lupa pulak nak sarapan, manu sarapan hari ni Ikan Goreng, Tomyam Putih, sambal belacan n ulam timun… Alhamdulilah,, kenyang dibuatnya..


Lepas sarapan, kami siap2 nak balik Bannang Sata dekat Lubuk Batu,. Sepanjang perjalanan hutan padi ja, bukan sawah padi na… suasana dia lebih kurang di kedah tapi kg dia memang betoi2 kg lah takda pembangunan, Cuma ada hutan ja.....




Sampai dah umah Maksuyah(3 pupu abah) dkt Bannang Sata,, sejuk nya… nyaman…..


Abah kalau jumpa Tolib(ank Maknab) dgn Bangcik(sepupu sepapat abah), borak sampai mlm pon tak sedar.


Mak Esah ni jiran maksuyah sepapat abah tak silap, lepas letak2 barang kami melawat Mak Esah dgn anak dia Abdulah n Yara.




Dah jadi kebiasaan kalau orang dating rumah kita jamu minum kan, di sana depa tidak bancuh bagi kita minum, tapi kita bancun sendiri, depa hanya sediakan air panas n serbuk 3in1 ja, cawan2 pon comel, kecik,, tak puas minum.


 
Tak sempurna kalau p sana tak pi retak(jambatan) mandi carok(sungai), bukan pa carok depa bersih n cantik, memang cantik lah tak dapat digambarkan dengan gambar, Cuma mata yg mampu mentafsirnya.. hehehe







Penat main carok kami balik makan,, bab makan tak lupa, sebab masakan sana sedap, tgh hari tu kami makan Nasi Minyak, Ayam Goreng, sambal, cili kisar, acat kubis n ulam kubis.
Emmmmmm sedapnya~~~~


Lepas makan kami tdoq, letih sangat.. bangun2 tengok dah takda sapa, mak n abah pi umah Kak Mazni, tak jauh pon belakang rumah Maksuyah ja,, kak Mazni jamu kami garam belacan dengan limau Bali, kami layan ja,, janji masuk perut kenyang.. 



Ni minah berok suami kak Mazni, dia baik tak tokak orang


Dalam pukul 5.30 mcm tu kami p melawat Abg Wang(abg tiri Maksuyah AKA pak metua ustaz salami) n isterinya. 



Jurulatih tak terlatih sedang menurunkan ilmu kepada anak2 buahnya, nil ah adik2 farra,, tengah mengajar anak2 buah main lompat getah… umur dah tua tapi mcm budak2.. adik~~ adik~~


Lepas melawat abg wang, kami pi pula rumah adik ipar hj mad,, ni salah seorg jutawan di kg tu, pemilik restorn madina. P rumah dia, macam2 dia jamu makan, sampai sengkak pulak,, ye lah asal masuk umah ja jamu makan, mau tak sengkak,,…



Sembang punya sembang,, dah malam,, solat magrib pon sudah dkt umah HJ Mad,.. bukan ja tumpang solat, tapi siap tumpang makan lagi,, tak malu sungguh muka ni,, manu mlm tu sedap, ikan siakap, tomyam, telor dadat tomato, ulam n sambai belacan,, potong dite mcm ni…




Memandangkan dah lewat, so balik lah,, tapi sebelum tu… lupa pulak lagi satu keluarga kami di situ, rumah kak minah(kakak maksuyah). Lagi pun rumah kak minah ni tak jauh pon dengan rumah hjmad,, sebelah ja,, keluar pintu rumah hj mad masuk rumah kak minah,, ramai sungguh budak-budak suka main-main dekat rumah dia.. meriah..



 
Penat sudah,,, emmmm ngantuknya.. jom tdoq.. nite…

Hari Terakhir...

Awal-awal pagi lagi adik dah ajak keluaq jalan-jalan,, bukan pa dekat sana suasana dia dingin pagi-pagi… so lepas solat, kami pon siap2 lah nk balik,, tapi sebelum tu sempat lagi kami siar2 kat kampung tu dulu.. sungguh dingin kampung tu,, susah nak cari suasana mcm ni sekarang.. 





Lepas hantar anak ustaz salami p sekolah. Kami pon balik rumah,, tiba2 ja terjumpa sekumpulan askar thai,, nasib baik dia tak tembak, kalau tak.. em em em dah xdakla cik Greenfara.. heheehe


Sebelum bertolak ke kedek,, kami sarapan dulu,, makan ni wajib,, hehehe. Pagi tu kami makan nasi kerabu, ulam kubis dgn ikan keli goring(ikan keli emmmm sedapnya,kesukaanku tu). Kenyangnya.. 


Ramai sepupu spapat mai berkunjung sebelum kami balik, macam2 ole2 depa bagi.. sampai tak muat dalam kereta.. rindu dkt adik kecik,, dia nk ikut kami balik Malaysia,, dah la comel.. geramnya..


Sedihnya nak tinggalkan kg,, tapi apa boleh buat. Kena jugak balik,, visa kami bukan lama sangat 6bulan ja,, hehehe.. tengok lah pendatang2 takberapa haram nak dihantar balik,, lawak tengok adik2 aku duduk dalam i-Teo tu,, tapi macam best pulak.. 



Kami dah sampai kedek, tetapi sebelum tu kami singgah dulu pasar pg depa,, macam2 ada Cuma tak semeriah kita lah, pasar depa kecik ja,, tak sangka bukan Malaysia ja ada ice belandet, di sana pon ada,, tengok lah…



Giliran aku pulak naik i-Teo.. best angina kuat,, nasib aku pegang kuat2 kalau tak melayang lah..


Akhirnya sampailah di kedek umah matnajib(adik ipar mat jais sepapat abah) ramai keluarga tok dekat sana,, yang utama kaksalamah(ank menakan maksuyam kakak tok). Memandangkan smpai pon dah tengah hari, kami makan dulu dekat situ,, kalau dekat thai taksah kalau takda tomyam, so manu dia tomyam putih, kari ikan, ikan goring, kerabu ikan dgn air asam, ulam petai dgn timun,, n tembikai..


 


(smpai tingal tulang)
Lepas makan tgh hari kami ke umah mat jais(ank kak Salamah), rumah dia unik n antik,, siap ada kolam ikan lagi, ikan2 yang dia bela besar2,, sebesar aku pon ada.. hehehe(Nampak sangat tipu)..






Sebelah umah mat jais ada carok(sungai),, cantik.. macam air terjun..



Sebelum balik Malaysia mak shopping sakan lah dia,, semua org dia nk beli ole2 bg,, mcm lah kami p naik lori,, hehehe.. satu perkara yang aku takkan lepaskan adalah stimbood thai,, ashikkk dok makan stimbood sini ja.. teringin jugak nak rasa stimbood sana.. ternyata sedap,, memang sedap.. sama macam Malaysia, Cuma sos dia yang lain.. 






Malam tu lepas shooping makan, kami balik umah cikman, pagi 2 kami sarapan, nisan labu, roti dgn milo.. emmm manisnya nisan dia,, maf la frh xsuka manis,, so sarapan roti ja.., janji kenyang…. 



Jommmm balik,, 

Ehh sebelum tu,, ada lagi satu tempat yang belum citer.. ni restoran madina, restoran ni adik hj mad,, sebelum kami balik kami singgah makan tgh hari dkt situ dlu,,, depa nak belanja,, sebat je lah,,, hehhee.. lepas makan,, kami pon bertlak balik Malaysia.. MALAYSIA hi Icam…









THE END….