Greenfarra♥: 2012

29 December 2012

MENCANTIKAN KULIT WAJAH

Siapa yang tak nak kulit wajah yang cantik dan berseri kan?

Minggu lepas fara dah kongsi penjagaan kulit secara percuma, so hari ni fara nak kongsi pula berkaitan penjagaan wajah. Di pasaran kita boleh lihat pelbagai jenama dan jenis pencuci muka. Tetapi adakah kita mencuci muka dengan betul atau sempurna? So fikir-fikirkan.

Jangan risau fara ada tips mencuci muka dengan betul.

1) BASUH TANGAN TERLEBIH DAHULU
Sebelum mula membasuh muka, bersihkan tangan terlebih dahulu dengan sabun bagi menghilangkan kotor dan berbakteria. Tak guna kalau kita cuci muka beria-ia tetapi segala kotoran melekat pada tangan.

2) TANGGALKAN MAKE UP DENGAN MENGGUNAKAN REMOVAL
Bersihkan dahulu muka dengan menggunakan make up removal atau kapas muka, elakan daripada memakai tisu atau kain.

3) BASUH MUKA DENGAN AIR SUAM
For information, membasuh muka dengan air suam lebih menyegarkan dan dapat membunuh segala kotoran yang ada di muka. Namun, elakan daripada menggunakan air yang terlalu panas kerana ia akan menyebabkan saluran Kapilari darah (salur darah yang paling halus) pecah dan memberi kesan kulit kemerahan di sekeliling hidung dan pipi.

4) CUCI MUKA DENGAN PENCUCI
Jika pencuci muka berbentuk krim, sapukan pencuci itu dengan sekata menggunakan hujung jari. Bagi yang menggunakan pencuci muka berbentuk sabun pula basahkan sabun itu dahulu dengan air kemudian gosok dengan tapak tangan sehingga berbuih kemudian baru sapukan di muka.

5) BUAT URUTAN DI MUKA
Jangan ingat di spa sahaja boleh dapatkan urutan muka ? di rumah pon boleh sebenarnya! Ramai yang tidak tahu, sebenarnya jika kita mengurut muka dengan betul ia akan membantu meningkatkan pengaliran darah dan oksigen di kulit muka. Jadi pastikan semasa mencuci, usap kulit muka dengan menggunakan teknik putaran. Dengan cara ini muka akan lebih berseri berbanding biasa.

6) BILAS MUKA
Setelah memanjakan wajah dengan urutan, bilas muka dengan air biasa. Jangan gunakan air yang terlalu panas, suam, atau sejuk. Kerana ia akan membuatkan kulit merasa bahang dan tidak segar. Lebih menakutkan ia akan menyebabkan kulit pedih dan kemerahan.

7) LAP MUKA MENGGUNAKAN TUALA
Pastikan muka dilapkan dengan menggunakan tuala yang bersih. AWAS! Jangan sama sekali menyental wajah. Maklum sahajalah kulit muka kita ini kan kulit yang paling nipis di anggota badan. Takut nanti terluka pula. Jadi cara yang betul kita hanya perlu tekapkan sahaja di muka dengan perlahan-lahan dan lembut. Ingat! Guna tuala yang lembut dan kering sahaja ya dan tentunya khas untuk muka sahaja!

8) SENTUHAN TERAKHIR
Akhir sekali, selepas keringkan muka, pastikan sapukan toner untuk menyegarkan kulit muka atau sapukan krim malam sebelum tidur. Nah, pasti kulit akan kelihatan lebih segar dan bersih berbanding sebelum ini.

(^_^) selamat mencuba di rumah.

22 December 2012

CANTIK dengan PERCUMA

“Amboiii, cantiknya kulit muka awak?” “Spa mana awak pergi?” “Mahal tak?”

Bagi fara itu semua tak penting, yang penting fara hanya menjaga kecantikan kulit tampa mengeluarkan bayaran. Percaya tak? Nak tahu rahsia dia?.

Jom fara nak kongsi 4 cara penjagaan kulit dengan percuma..

1) Pastikan anda tidur cukup.

2) Setiap pagi buat sedikit senaman ringan, ini bagi memperlancarkan peredaran darah.

3) Yang penting banyakan makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi khasiat vitamin E,C,B.

4) paling penting sekali Minum air putih lapan gelas sehari.


(^_^) selamat mencuba,

11 December 2012

FESYEN RETRO

Bila lihat ja gambar nenek masa zaman muda-muda dulu, teringat pulak fara pada zaman kegemilangan retro, dimana fesyen-fesyennya sudah menjadi kegilaan pada masa kini.

Puplem merupakan fesyen yang pernah digayakan oleh saloma pada suatu ketika dahulu. Setelah disunting sedikit sentuhan kelainan, kini puplem telah digila ramaii. Bergitu juga fesyen-fesyen yang lain..

Izinkan fara berkongsi sedikit tips berkaitan trend retro. Jom !

1. Cuba dapatkan ilham daripada ikon zaman dahulu seperti Marilyn Monroe, James Dean, Debbie Harry dan ramai lagi merupakan contoh ikon fesyen yang terkenal. Dan elakan mengikut trend selebriti hari ini untuk tampil retro secara maksima..

2. Cuba mencari ilham baru dengan mengabungkan fesyen dari beberapa zaman misalnya 50-an, 60-an dan 70-an untuk mencipta trend yang unik. Kemeriahan menggayakan skirt, gaun dan kasut dari zaman-zaman ini menjadikan kamu lebih menawan dengan gaya retro tersebut.

3. Pilih salah satu pakaian atau aksesori dari trend retro yang menjadi tanda kegemaran kamu. Sebagai contoh, topi, sepatu tinggi atau jaket yang menawan. Barang-barang ini boleh memberi kamu inspirasi dan membuatkan kamu tampil dengan personaliti yang tersendiri.

4. Mulakan pencarian fesyen retro dengan kedai yang jimat hingga ke pusat beli-belah yang gah. Jadilah seorang yang kreatif menyuaipadankan baju dan aksesori daripada sumber yang berlainan agar gaya retro kamu lebih terserlah!

5. Harus berani untuk berhadapan dengan reaksi masyarakat yang tidak tahu betapa uniknya fesyen retro. Walaupon dipandang seperti orang yang pelik atau dikritik. Harus ingat bahawa ia melambangkan dan menyatakan personaliti kamu.


4 December 2012

GAYA RAMBUT LELAKI

Zaman sekarang macam-macam gaya dapat kita lihat. Memandang k-pop merupakan trend kegemilangan masa kini, perhhh boleh dikatakan semua lelaki bergaya mengikuti trend k-pop.

Ingatkan wanita saja yang gila fesyen, rupa-rupanya lelaki lebih tabsub lagi dengan fesyen, terutama gaya rambut.

So hari ni fara nak kongsi sedikit berkaitan beberapa gaya rambut yang popular.

1. Spiky @ Pacak
Gaya rambut spiky seperti gaya Mohawk, Porcupine, Harajaku, Emo mahupun Punk, amat popular buat lelaki. Gaya ini dapat membuatkan si jejaka nampak stylo, ranggi dan bertenaga. Selain itu, gaya ini juga amat mudah untuk digayakan dan sesuai apabila bersantai dan berhibur bersama teman-teman.

2. Sleek
Gaya rambut ini sememangnya klasik! Gaya ini dapat memberikan personaliti yang kemas buat si jejaka dan sering digayakan di pentas peragaan.

3. Brit Rock
Gaya rambut Brit Rock sememangnya cool dan ranggi. Rambut hadapan didandan seperti fringe dan untuk gaya lebih ranggi, berikan sedikit suntikan gaya messy yang tidak keterlaluan. Gaya rambut ini popular di kalangan lelaki untuk menyerlahkan imej indie.

4. Pompadour @ Quiff
Wow! diri klasikmu pasti akan terselah dengan gaya pompadour ini. Dengan ‘remos’ atau jambul di hadapan, gaya ini akan memberikan kamu tampak lebih yakin, retro, stylo dan membuatkan Si Jejaka kelihatan seorang yang bercita rasa tinggi. Namun, kamu perlu berhati-hati kerana jambul kamu itu tidak perlu terlalu panjang kerana ia akan membuatkan kamu nampak pelik dan di gelar “Joe Jambul” pula. hahahaha

5. Beralun Semulajadi
Gaya rambut beralun semulajadi juga popular untuk digayakan oleh Si Jejaka. Rambut dibiarkan sederhana panjang tetapi tidak terlalu mengerbang. Gaya rambut ini mudah untuk digayakan dan dapat memberikan imej bersahaja namun penuh dengan daya tarikan.

30 November 2012

Perkahwinan

Topic kita hari ni perkahwinan….

Kahwin ni wajib bagi umat islam yang telah cukup syarat,,, kalau nak maklumat lanjut kenalah Tanya ustaz, ana tak berapa arif bab ini,, almaklumlah ana pon belum kahwin,, hehehe anta dah kawen?. Kalau sudah alhamdulilah.,

Bila tiba ja musim kawen ramai yang nk cuti,, ehhhh silap, bila ja tiba musim cuti sekolah, ramai yang nak kawen.. time tu ja yang sesuai pon,,

Kepada kaki business, boleh buat duit time tu,, macam photography, kedai pengantin, tukang jahit, catering, kedai kad, hotel, dewan, n yang sekutu dengannya, termasuk fani.. Job 4time katakana.

Sebut ja bab kawen, fani naik rimas. Kawan2 pakat dah kawin, tinggai fani ja yang terkontang kanting,, orang kampung, mak abah, kawan2 seboh dok Tanya bila lagi ni, dah tua, nanti lambat jodoh, mandi bunga,,, macam2 lah,,,

Yang fani tau, jodoh ditangan tuhan,, tuhan lebih berhak menentukan bila, siapa n dimana jodoh kita,, so tunggu lah, heeeeeee…

Opsss telari tajuk pulak,, hari ni fani nak citer pasai kak wani ni, dia dah kawen,,,, dia yang menjada job 4time fani,,,

Nak tau apa?.. google kebawah,, nanti tau lah..
ni lah job fani, photography… tapi ni bukak kak wani, tetapi adik dia, FATIN. 




ni baru kak wani, ni gambar lepas kawen,, bulan madu lah katakana.





ni salah seorang dari member group KAMIREKA. 




 ni banyak lagi lah gambar depa, tengok lah,, malas dah nk citer.. hehehe.bye







21 November 2012

Convocation POLITEKNIK Merlimau, Melaka.

Segulung Ijazah atau Diploma adalah salah satu kejayaan yang sering kita impi-impikan,, ia bukan lagi satu kejayaan yang mustahil untuk kita kecapi,,,

Sekarang mudah untuk kita miliki Ijazah or Diploma, petik jari ja dah boleh dapat, Cuma yang bezakan kita sama ada ia dibeli atau betoi-betoi kita usaha untuk kecapinya.

Bukan susah untuk kita dapatkannya, tetapi bukan mudah untuk kita usaha mencapainya..  SO?

Pada 11 November 2012, adik fani telah Berjaya memcapai aya yang dia impikan segulung  diploma dalam bidang senibina untuk dihadiahkan untuk abah n mak,, shabas Noor Faiz Zakuan Md Nor,
Pada 10 November 2012, 9.24pm fany n sekeluarga gerak ke Melaka bagi meraikan kejayaan adik Tam ku,, hehehe Y’ panggil dia tam, sebab dia hitam lah,, tapi dia memang sukakan nama tu,, so swet..

Ok sambung balik citer, hampir 8 jam di lebuh raya, macam-macam riaksi pengguna dapat lihat, ada yang terburu-buru, ada yang berlumba antara satu sama lain, ada yang memang makan angin bukan bawa 60km/j tapi bawak 40km/j, macam-macam karenah,,, yang fany tak suka sekali bila lihat excden.. sepanjang perjalanan tu 4 excden dapat fani lihat, tapi satu ja yang melimatkan kenderaan fani, tetapi alhamdulilah cepat elak n tak jadi apa-apa, Cuma lori tu ja melintang jalan,,

Akhirnya jam 4.59 am kami tiba di Tol Jasin,, memandangkan fani  letih drive, kami rehatlah di hentian susur keluar Tol Jasin,, nenyak nya boleh tido, sedar tak sedar mak gerak  solat subuh,, solatlah dgn mata yang tertutup.. hehehee mengantok sangat,,,

Lepas solat, mandi, bersiap-siap, fani  sekeluarga dan  4 lagi keluarga pelajar yang lain begerak ke POLITEKNIK Merlimau Melaka,, tetapi sebelum tu kami singgah dulu di Restoren Bertentangan dengan Poli untuk sarapan Pagi,,, yam yam yam makan,,, perot pon dah berkeroncong ni,,,

amboi adik aku kalau boleh makan tak tengok orang dah.

Lepas makan adik bawak kami pergi rehat dekat rumah aweks dia, ye lah adik punya convo sesi petang,, sementara nk tunggu convo dia balik kami pi sambung rehat dekat rumah aweks adik dulu,,, Rezeki  kau lah mata dapat lena,,,

Tepat jam 1.45 pm kami geraklah ke Poli untuk convo adik..

wahh bergayanya mereka berjalan dengan Jubbah Convo tu

ni lah adik aku,,

aiii perasan pulak dia,,,, ingat dah tak perasan camera kakak dia ni.

fani tak masuk so ambik gambar dari luar ja lah,

ni lah mak kami, terharu lah tu,

aiiii menyempatnya depa berdua ni..

Selesai sudah convo adikku ni,,, jom balik,,, tapi sebelum tu kami p makan dulu,, lepas makan terus bertolak balik Kedah,,, masa OTW balik hujan lebat sangat,, fani kena berhenti dekat R&R dulu,,, tunggu hujan reda,, maklumlah fani rabun malam, so tido lah dlu,,, sedar-sedar ja dah pukul 11pm,,, kami pon sambung perjalanan,,, tiba-tiba,,,,, tarrrraaaaaaa hehehe fani tersesat, termasuk KL,, alahai JEM lah mcm ni,,, guna PAPAGO alik-alik PAPAGO tipu PAPAKU,, hehehe, apa pon kami sekeluarga dapat sampai rumah dengan selamat,,, Alhamdulilah,,,,

Sekian.

Barah Payu Dara

Apa Itu Kanser Payudara?

Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8org dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya 1 dalam 28org.

Takutnya dengar…. Uuuuuuuuuu,

nak tau macam mana kita terkena kanser atau tak?.. tengok bawah.

Tanda dan Gejala Kanser Payudara

Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.

Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.

Pendek kata, ada tanda-tanda

*Ketulan pada payu dara dan makin jelas ketika haid
*Pendarahan atau lelehan dari puting payu dara
*Perubahan bentuk payu dara
*Kulit payu dara atau puting yang tertarik ke dalam

Peringkat Kanser Payudara

Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).

Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara.

Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak. 

Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.

Peringkat III ialah di mana ukuran melinta
ng tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.

Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.
So mencegah lebih baik dari merawat.. mari kita tengok cara rawatan pulak..

Kaedah Rawatan

Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Terdapat beberapa jenis rawatan seperti kemoterapi, pembedahan dan homoeopathy (dan lain-lain rawatan alternatif). Prognosis (ramalan) kanser payudara pada peringkat awal selalunya adalah baik, tetapi di peringkat akhir, seperti juga dengan kanser lain adalah tidak baik.

Mari menjaga Kesihatan Kita….



18 October 2012

Senyum (^_^)

"Senyum tak perlu kata apa-apa” “senyum”


Bak kata lagu "Senyum seindah suria, Yang membawa cahya, Senyumlah dari hati, Duniamu berseri, Senyum umpama titian, Dalam kehidupan, Kau tersenyum, Ku tersenyum, Kemesraan menguntum, Senyum.. Kepada semua, Senyumanmu amatlah berharga, Senyum.. Membahagiaka, Dengan senyuman terjalinlah ikatan.."

Dari lagu pon kita dah boleh tahu bertapa bermaknanya senyuman itu..

Jadi susah ka untuk senyum walaupon dalam kesedihan? Mesti sukar kan?

Fara kan kongsi sedikit fakta berkaitan senyum/ketawa ni. Kajian menunjukan individu yang senyum atau ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita senyum/ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. kemudian kedua-dua kadar ini akan menurun iaitu lebih rendah daripada sebelum kamu ketawa. Tetapi bukan itu sahaja, ia juga boleh menghilangkan segala bebanan kerja atau belajar!

Jadi berbanyakan senyum atau ketawa ya! Bukan susah pon “Senyum tak perlu kata apa-apa”.

2 October 2012

Petua Kebahagia Dari Dr Fadzilah Kamsah


Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
       (a) Mental, pendidikan dan ilmu
       (b) Emosi
       (c) Fizikal dan ekonomi
       (d) Sosial
       (e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
      (a) Pendapat atau pandangan
      (b) Hobi
      (c) Kegemaran
      (d) Makanan
      (e) Cita rasa
      (f ) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t

30 September 2012

Petua Mendapatkan Pasangan - Dr Fadzilah Kamsah

  1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
  2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
  3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
  4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
  5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk memcucu hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
  6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
  7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
  8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
  9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
  10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
  11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
  12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
  13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
  14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
  15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
  16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
  17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
  18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
  19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
  20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
  21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
  22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
  23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
  24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
  25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
  26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
  27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
  28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
  29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
  30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
  31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
  32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
  33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
  34. tawar hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
  35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
  36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
  37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
  38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
  39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
  40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
  41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
  42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
  43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
  44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
  45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
  46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
  47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
  48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
  49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
  50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
  51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
  52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
  53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
  54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
  55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
  56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
  57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
  58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
  59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
  60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

25 September 2012

Kunci Kejayaan Di Dunia Dan Akhirat

Kejayaan adalah satu faktor yang kita paling impikan, sapa taknak berjaya kan. Tetapi kita perlu ingat, kejayaan ni bukan sahaja diperlukan di dunia, akhirat pon perlu jugak. Jadi biar kita seimbangkan di dunia dan akhirat.

Di bawah ini adalah senarai 10 kunci kejayaan dunia dan akhirat dari Dr Fadzilah Kamsah, Jom kita jadikan panduan :

1. Kunci ilmu adalah bertanya dan mendengar.
2. Kunci kemenangan adalah sabar.
3. Kunci tambahnya nikmat ialah perasaan syukur.
4. Kunci keselamatan dunia dan akhirat adalah taqwa.
5. Kunci untuk termakbulnya permintaan adalah doa.
6. Kunci maksiat adalah kesombongan.
7. Kunci solat adalah taharah.
8. Kunci ibadah haji adalah ihram.
9. Kunci kebaikan adalah berpegang kepada yang benar.
10. Kunci syurga adalah tauhid.

Followers

Kawan-Kawan Google