23 January 2011

ADAKAH DIA JODOH KITA?

1 - Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi
bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan
mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk
berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang
ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang
dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling
memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang
ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut
adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita. 

2 - Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara
dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah
ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon.
Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila
dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita
yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita. 

 3 - Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu
ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita
sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan,
terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang
ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4 - Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin
dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita
sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia
tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila
dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

 5 - Sentiasa jujur 
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam
agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara
yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila
berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada
kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran
yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah
sebaik-baik pilihan.

6 - Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi
supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita
selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya
mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya
berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun
kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui
kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7 - Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang
panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan
kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh
ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan
meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat
melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita
senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita
pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang
memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8 - Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa
kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila
kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter,
dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira
ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah
sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai
bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di
saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9 - Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia
insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang
bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia
kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan
kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia
tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima
kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup
bersamanya.

10 - Kata hati 
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang
dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita
dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga
reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia
ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah
segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

11 - Mimpi 
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas
dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan
peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah
dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita
mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi
mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya
sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Fikirkanlah !!!!!!

“ Manusia merancang, Allah menentukan.”

20 January 2011

STEAM BOOT ~~~

Seuatu hari yang indah lagi permai...

aku bersama dengan kwn2 tercinta pergi ke Perlis Indra Kayangan..
UNTUK menikmati makanan yang tak asing lagi iaitu Steam Boot...

Org cakap steam boot kat perlis tu best & murah la...
aku ni tak percaya sangat.. apa lagi aku pi la sendiri merasa apa yang best sangat tu kan...

tetapi memang MENARIK lah.. hanya RM10 ja utk 1 org.. 
BOLEH MAKAN SAMPAI MUNTAH la beb..

tak percaya????! 
Pi lah cuba sendiri... syok wa cakap sama lu...

di kedai tu lah...

RUGI kalau sapa tak pi mencuba... memang sedap dan puas hati..

CUBA JANGAN TAK CUBA~~~

19 January 2011

Mini I-Cty Kedah

Sebelum ni aku pernah la ke i-Cty Shah Alam...
memang Cantik....tak dinafikan lagi...
tetapi aku ni tak suka org ramai2 sangat kan.. so aku rasa Serabut, sesak nafas & memeningkan kepala ja masa tu.... apa2 pon sory ya...

Tetapi tak disangka2.. dekat Alor Setar pon ada Mini i-Cty..
tapi tak la Secantik kat Shah Alam tu...

boleh la untuk tatapan org kedah....
aku suka yang dekat Alor Setar ni.. walau pon sikit tetapi menarik.. tak la memeningkan sangat sebab orang tak ramai... sesiapa yang selalu lepak kat dataran depan Masjid Zahir tu tau lah mcm na keadaan
dia...


yang ni masa kat depan yu.. kat pintu nak masuk...


yang ini pulak dekat pokok2 lip lap anak mami...

 ini pon serupa ja....

so kalau berminat p lah tengok.. blh tahan jugak la..